Biskut Buah-Buahan

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Biskut
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Biskut Buah-Buahan?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 120 g mentega 
  • 100 g gula kastor 
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila 
  • 100 g tepung gandum (diayak) 
  • 140 g tepung naik sendiri (diayak) 
  • 120 g buah-buahan campur 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Pukul semua bahan A sehingga ringan dan sebati. 
  2. Gaul semua bahan B di dalam bekas lain. 
  3. Masukkan bahan B ke dalam adunan bahan A. Gaul rata. 
  4. Sudukan adunan ke atas loyang. 
  5. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180°C api atas dan bawah selama 20-25  minit ataupun sehingga masak.

Leave a comment