Bingka Berlauk

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 8 Orang

Bagaimana cara untuk masak Bingka Berlauk?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A (Inti)
  • 200 g daging kisar (Dihancurkan) 
  • 1 sudu makan rempah kari 
  • 1 labu bawang besar (Dipotong dadu)
  • 2 biji kentang (Dipotong dadu)
  • 1 batang kecil lobak merah (Dipotong dadu)
  • 2 biji cili merah (Dicencang)  
  • Daun sup dan daun bawang (Dihiris halus) 
  • 1 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukupnya
Bahan B (Bancuhan Tepung)
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 3 sudu makan tepung jagung 
  • 3 cawan santan 
  • 1 sudu teh garam 
  • 2 biji telur 
  • 1 sudu teh esen vanila 
  • 2 sudu makan keju cheddar (Diparut)

Cara menyediakan dan memasak:

Cara Membuat Inti
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu. 
  2. Masukkan daging kisar. Kacau rata kemudian masukkan rempah kari. 
  3. Kemudian kacau rata sekali lagi. 
  4. Masukkan kentang, lobak merah dan garam. Masakkan sehingga 
    kentang dan lobak merah lembut dan kering. 
  5. Kemudian masukkan cili merah, daun bawang dan daun sup. 
    Angkat dan sejukkan.
Cara Membuat Bancuhan Tepung
  1. Kacau semua bahan kecuali keju cheddar kemudian tapiskan ke dalam mangkuk besar
  2. Tuangkan sesenduk bancuhan tepung ke dalam loyang non-stick 
    mufin. 
  3. Masukkan inti. Taburkan keju cheddar, cili merah, daun sup dan 
    daun bawang. 
  4. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 
    180ºC dan bakar selama 20 minit. 
  5. Keluarkan dari acuan dan sejukkan. Hidangkan.

Leave a comment