Ayam Kurma Kacang Badam

Kategori: Nusantara, Masakan Arab
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Ayam Kurma Kacang Badam?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 keping dada ayam 
  • 6 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 
    (Bawang merah, bawang putih & halia dikisar bersama)
  • 3 sudu makan rempah kurma 
  • ½ cawan air 
  • ½ cawan susu cair 
  • ½ cawan kacang badam (Dikisar) 
  • 3 biji cili hijau (Dibelah 2) 
  • 2 labu bawang besar (Dibelah 4) 
  • 2 biji limau kesturi (Diambil jusnya) 
  • Garam secukup rasa 
  • 5 sudu makan minyak masak

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Buangkan kulit ayam dan potong kecil. Basuh dan tuskan.
  2. Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan yang dikisar. Kacau rata.
  3. Masukkan rempah kurma dan sedikit air. Kacau sehingga pecah 
    minyak. 
  4. Masukkan ayam, susu cair, air, garam, dan kacang badam. Masakkan 
    sehingga mendidih. 
  5. Masukkan cili hijau, bawang besar, dan jus limau. Kacau rata dan 
    masakkan sehingga pecah minyak dan pekat. 
  6. Sedia dihidangkan

Leave a comment