Categories: Hiburan

“Burger terbaik pernah dimakan” – Youtuber UK Kagum Dengan Rasa ‘Juicy’ Burger Ramly

Sebut sahaja burger Ramly, pasti menjelma gambaran keenakan kepingan daging kasar buatan tempatan ini muncul di minda.

Jenama daging tersohor ini dikenali dengan daging yang amat empuk, mengiurkan dan menepati selera rakyat negara ini tanpa mengira bangsa, agama serta pangkat.

Siapa sangka, burger yang diasaskan oleh anak petani asal Perak ini turut mendapat tempat di hati penduduk luar negara.

Baca juga: Tuna Thai Bread Ala Burger Malaysia, Gebu dan Sedap

Hal ini terbukti apabila penggiat laman sosial Youtube asal United Kingdom turut memuji kelazatan burger yang sering dijual di kaki lima ini.

“Sangat sedap, daging sangat lembut. Saya suka burger ini,” ulas Eli.

Eli atau pemegang akaun Youtube This Food Bangz ini meluangkan waktunya dengan mencuba pelbagai makanan tempatan di Malaysia.

Dia kemudian mengambil keputusan untuk menjejakkan kaki di sekitar KLCC sebelum singgah salah satu gerai yang menjual burger Ramly.

Video yang mendapat lebih 100,00 tontonan itu menunjukkan Eli membuat pesanan burger daging keju ‘double’ yang berharga RM10.

Dia menanti dengan sabar untuk mencuba hidangan itu walau pesanannya mengambil masa hampir satu jam untuk disiapkan.

Eli juga terkejut apabila gerai yang kecil itu menerima pesanan yang amat banyak walaupun hanya beroperasi secara kecil-kecilan

“Ini (burger) sangat sangat sedap, dagingnya sangat lembut, sos juga manis dan roti turut dibakar dengan baik,” kongsinya selepas menikmati burger pesanannya.

“Kamu perlu datang ke sini, ia merupakan salah satu burger yang terbaik yang pernah saya rasai,” katanya semasa memberi huraian mengenai kelazatan burger itu.

Pelancong lain turut setuju dengan kelazatan burger Ramly

Semasa menunggu burger itu siap, Eli juga melewati seorang pengunjung dari Taiwan yang juga sedang menunggu makanannya siap.

Ironinya, walaupun kawan vegetarian wanita bernama Grace yang mencadangkan tempat itu, dia masih memilih untuk pergi kerana percaya dengan kelazatan yang diceritakan oleh rakannya.

Itu merupakan kali pertama buat Grace menjejakkan kaki di tempat itu dan dia menempah burger ikan bersalut telur seperti yang disarankan oleh peniaga burger tersebut.

Burger Ramly keluaran syarikat bumiputera, RAMLY FOOD PROCESSING SDN BHD ini diasaskan pada tahun 1984 oleh Datuk Ramly Mokni dan Datin Shala Siah Abdul Manap.


Sumber: Youtube This Food Bangz

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Nak Rebus Kaki Ayam Cepat Lembut? Cuba Tip 20 Minit Ini, Tak Perlu Tunggu Lama!

Nak rebus kaki ayam tetapi tak mahu menunggu terlalu lama sehingga empuk? Rupanya ada cara…

2 hours ago

Roti Sandwich Telur Untuk Anak, Potong Dadu Semua Sayur Rupanya Buat Mereka Makan Licin

Nak sediakan sarapan yang mudah tetapi anak-anak makan sampai habis? Roti sandwich telur ini boleh…

2 hours ago

Jemu Makan Ayam? Cuba Resipi Buttermilk Dori Ini, Kuah Creamy Memang Padu!

Resipi Buttermilk Dori ini sesuai untuk anda yang sudah bosan makan buttermilk chicken, tetapi masih…

2 hours ago

Ayam Merah Nasi Tomato Lengkap Dengan Dalca & Jelatah, Sedap Macam Hidangan Kenduri

Kalau teringin hidangan ala kenduri di rumah, ayam merah nasi tomato ini memang antara menu…

2 hours ago

Resipi Tortilla Quiche, Sarapan Tinggi Protein Yang Mudah Dibuat Guna Air Fryer!

Resipi Tortilla Quiche ini sesuai dijadikan menu sarapan yang ringkas, mengenyangkan dan mudah disediakan. Menggunakan…

3 hours ago

Resipi Apam Goreng Lembut & Berongga Cantik, Cicah Kelapa Parut Buat Rasanya Lagi Menyelerakan!

Apam goreng antara pilihan sarapan yang mudah dibuat di rumah. Teksturnya yang lembut dan berongga…

4 hours ago