Sebut sahaja burger Ramly, pasti menjelma gambaran keenakan kepingan daging kasar buatan tempatan ini muncul di minda.
Jenama daging tersohor ini dikenali dengan daging yang amat empuk, mengiurkan dan menepati selera rakyat negara ini tanpa mengira bangsa, agama serta pangkat.
Siapa sangka, burger yang diasaskan oleh anak petani asal Perak ini turut mendapat tempat di hati penduduk luar negara.
Baca juga: Tuna Thai Bread Ala Burger Malaysia, Gebu dan Sedap
Hal ini terbukti apabila penggiat laman sosial Youtube asal United Kingdom turut memuji kelazatan burger yang sering dijual di kaki lima ini.
Eli atau pemegang akaun Youtube This Food Bangz ini meluangkan waktunya dengan mencuba pelbagai makanan tempatan di Malaysia.
Dia kemudian mengambil keputusan untuk menjejakkan kaki di sekitar KLCC sebelum singgah salah satu gerai yang menjual burger Ramly.
Video yang mendapat lebih 100,00 tontonan itu menunjukkan Eli membuat pesanan burger daging keju ‘double’ yang berharga RM10.
Dia menanti dengan sabar untuk mencuba hidangan itu walau pesanannya mengambil masa hampir satu jam untuk disiapkan.
Eli juga terkejut apabila gerai yang kecil itu menerima pesanan yang amat banyak walaupun hanya beroperasi secara kecil-kecilan
“Ini (burger) sangat sangat sedap, dagingnya sangat lembut, sos juga manis dan roti turut dibakar dengan baik,” kongsinya selepas menikmati burger pesanannya.
“Kamu perlu datang ke sini, ia merupakan salah satu burger yang terbaik yang pernah saya rasai,” katanya semasa memberi huraian mengenai kelazatan burger itu.
Semasa menunggu burger itu siap, Eli juga melewati seorang pengunjung dari Taiwan yang juga sedang menunggu makanannya siap.
Ironinya, walaupun kawan vegetarian wanita bernama Grace yang mencadangkan tempat itu, dia masih memilih untuk pergi kerana percaya dengan kelazatan yang diceritakan oleh rakannya.
Itu merupakan kali pertama buat Grace menjejakkan kaki di tempat itu dan dia menempah burger ikan bersalut telur seperti yang disarankan oleh peniaga burger tersebut.
Burger Ramly keluaran syarikat bumiputera, RAMLY FOOD PROCESSING SDN BHD ini diasaskan pada tahun 1984 oleh Datuk Ramly Mokni dan Datin Shala Siah Abdul Manap.
Sumber: Youtube This Food Bangz
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…