Categories: Hiburan

Woody Harrelson ‘Selamba’ Je Buat Durian Goreng Untuk Sarapan, Netizen Ternganga Kejap

Bagi yang pernah menonton Zombieland, tentunya mengenali pelakon Woody Harrelson ini yang membawa watak sebagai Tallahassee.

Woody Harrelson adalah pelakon veteran yang telah berlakon dalam pelbagai jenis filem. Pengalaman yang beliau miliki dan kehebatan lakonannya sudah pasti menjadikan beliau antara ‘living legend’ di Hollywood.

Dalam satu filem terbaharu lakonan Woody Harrelson dan Kevin Heart, iaitu The Man From Toronto, terdapat satu babak yang berjaya menarik perhatian netizen, terutamanya yang berada di Malaysia.

Seperti yang dikongsi oleh Netflix Malaysia di laman Instagram, Harrelson dilihat menyediakan durian goreng untuk sarapan pagi. Babak tersebut memaparkan Harrelson sedang memotong durian, lalu mengambil beberapa ulas, dicelupnya dengan tepung dan akhirnya digoreng.

Baca juga: Harga Bukan Main Mahal, Lelaki Kecewa Durian ‘Black Thorn’ RM117 Tak Ada Isi

Difahamkan bahawa ini bukan satu-satunya babak yang memaparkan durian. Terdapat beberapa babak lain, kalau korang mahu ketahui lebih lanjut, boleh tonton filem ini di Netflix.

Kebanyakan netizen jelas terkejut dengan babak di mana Harrelson membuat durian goreng untuk sarapan pagi.


The Man from Toronto ialah sebuah filem komedi aksi yang dibintangi oleh Kevin dan Harrelson. Filem ini mengisahkan tentang seorang pengajar sukan yang dianggap sebagai pembunuh upahan paling maut selepas memasuki bilik kabin yang salah.

Filem ini diarahkan oleh Patrick Hughes, pengarah yang juga mengarahkan The Expendables 3 (2014), The Hitman’s Bodyguard (2017), dan Hitman’s Wife Bodyguard (2021). Sementara itu, lakon layar ditulis oleh Robbie Fox dan Chris Bremner.

Selain gandingan Kevin Hart dan Woody Harrelson, filem ini turut dibintangi oleh Kaley Cuoco, Lela Loren, Jencarlos Canela, dan Ellen Barkin.


Sumber: Netflix MY

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Cara Lembutkan Ayam Kampung, Guna Jus ‘Ini’ Confirm Isi Tak Keras Lagi

Orang yang duduk di kampung suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tapi isi dan tulangnya…

2 hours ago

Puding Kastard Sukatan Cawan Yang Mudah, Makan Sejuk-Sejuk Memang Layan!

Apabila cuaca panas di luar dan tekak rasa dahaga, terus terbayang pencuci mulut yang sedap…

2 hours ago

Resipi Mee Udang Ala Sarawak Guna Mi Segera, Baunya Buat Selera Terangkat!

Hari ini nak makan mi segera yang sedap, tapi kenalah buat versi luar biasa. Oleh…

2 hours ago

Mufin Labu Dengan Streusel, Resipi Ini Dijamin Kek Menjadi Elok Sempurna!

Inspirasi dari resipi pencuci mulut berasaskan labu yang kerap muncul di media sosial musim luruh…

2 hours ago

Resipi Laksa Goreng Penang, Kelainan Rasa Laksa Yang Pastinya Sedap!

Laksa goreng Penang adalah hidangan yang menggabungkan rasa klasik laksa dengan teknik goreng ala masakan…

2 hours ago

Sedapnya Pekena Ayam Masak Burma, Rasa Kuahnya Sumpah Luar Biasa

Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang Ayam Masak Burma dan belum pernah membuatnya sebelum…

3 hours ago