Seorang pengguna laman sosial Facebook, Puan Zurina Zulkefli ada berkongsikan satu resipi Mi Sup Pedas Cina atau nama betul masakan ini adalah Hot and Sour Glass Noodle Soup (Suan La Fen).
Masakan ini terhasil apabila suami terpengaruh nak makan macam dalam mukbang Cina. Cara membuatnya sangat mudah, biasanya bahan pun ada kat dapur saja.
Nak cuba? Jom lihat resipi lengkap di bawah. Selamat mencuba!
1. Untuk menyediakan minyak cili, sediakan satu mangkuk kecil. Masukkan 1 sudu cili flakes, 2 ulas bawang putih dicincang halus, 1 sudu kecil biji bijan, 4 sudu besar kicap cair dan sedikit garam. Gaulkan semua bahan tersebut.
2. Kemudian, panaskan 3 sudu besar minyak masak/minyak bungamatahari/ minyak bijan. Kemudian terus tuangkan minyak tersebut ke atas bahan-bahan yang dikacau tadi. Kacau rata dan ketepikan.
3. Rebus mi kanji ubi selama 10 minit untuk dapatkan tekstur yang betul-betul lembut. Toskan dan letak dalam mangkuk.
4. Tuangkan minyak cili tadi ke atas mi.
5. Tuangkan air rebusan stok ayam ke atas mi. Saya guna kiub pati ayam je.
6. Siap.
7. Taburkan sedikit hirisan daun bawang.
9. Masukkan juga telur rebus.
Selamat mencuba!
Kredit: Zurina Zulkefli
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…