Categories: Resipi

Wanita Ini Kongsi Resipi Shawarma Homemade, Buat Banyak Terus & Boleh Makan Banyak Kali

Sekarang ini sedang viral di laman media sosial berkenaan makanan yang berasal dari Timur Tengah iaitu shawarma. Apa yang menariknya, semua restoran yang menjual hidangan ini memang ‘laku keras’ sampai beratur panjang! Kesudahannya, ada yang tak sempat untuk merasa keenakan shawarma yang diperkata ramai ini.

Ramai yang menyangka penyediaannya agak sukar. Sebenarnya tak juga, cuma ia menggunakan pelbagai rempah ratus dan perlu diperap semalaman untuk mendapatkan rasa yang asli. Kalau anda nak tahu cara-caranya, ikuti resepi shawarman homemade yang lengkap ini.

Baca juga: Tak Perlu Beratur Panjang, Senang Je Nak Buat Sendiri ‘Kunafa’ Viral Tu

Resepi Roti Laffa (nipis, tak macam roti pita)

Bahan-bahan:

  • 1 setengah cawan air suam*
  • 1 sudu kecil gula*
  • 1 sudu besar yis kering (macam mauri pan)*
  • 3 cawan tepung gandum apa-apa jenama pun
  • 2 sudu teh garam
  • 1-2 sudu besar minyak zaitun

Cara-cara buat Roti Laffa:

  1. Campurkan semua bahan bertanda (*), gaul rata dan biarkan hingga berbuih.
  2. Dalam mangkuk lain campurkan tepung gandum dan garam.
  3. Bila adunan yis dah berbuih, campurkan dalam tepung dan uli dalam 5 minit.
  4. Masukkan 1-2 sudu besar minyak zaitun dan teruskan menguli hingga adunan lembut macam baldu dan tidak melekat di tangan.
  5. Biarkan hingga kembang 2 kali ganda. Tumbuk.
  6. Bahagikan 8. Buat bulat.
  7. Panaskan grill pan.
  8. Canai nipis dan letak dalam grill pan. Sapu bahagian atas dengan sikit minyak zaitun. Bila dah mula gelembung-gelembung, boleh terbalikkan.
  9. Masak dalam 30 saat – 1 minit.
  10. Angkat, letak dalam bekas suam.

Resepi Daging Shawarma

Bahan-bahan kisar:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil bunga cengkih
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil “all spice”
  • 1/2 sudu kecil serbuk cardamom
  • 1/2 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 1/2 sudu kecil oregano / thyme
  • 1/2 sudu kecil serbuk buah pala
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • 1/4 sudu kecil serbuk halia
  • 1/4 sudu kecil serbuk cili

Bahan-bahan lain:

  • 1/4 cawan jus lemon segar
  • 1/4 cawan cuka putih
  • 1/4 cawan minyak zaitun

Cara-cara buat daging shawarma:

  1. Kisar semua bahan-bahan kisar dalam pengisar kering.
  2. Campurkan serbuk yang telah diblend dengan bahan-bahan lain.
  3. Sapukan ramuan ini pada 1 kilogram daging dan biarkan semalaman. Saya guna daging bahagian “culotte”. Boleh juga gunakan steak ribeye, flank steak atau skirt steak.
  4. Atau gantikan dengan thigh ayam yang dah dibuang tulang. Kalau diet, dada ayam pun boleh.
  5. Esoknya boleh nyahbekukan.
  6. Panaskan grill pan. Grill daging sampai separuh masak. Keluarkan. Rehatkan. Hiris nipis. Panaskan grill sekali lagi dan grill daging hiris hingga cara masak yang disukai.

Resepi Sos Tahini

Bahan-bahan:

  • 2 sudu teh pes tahini
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan lemon jus
  • 1 sudu teh garam

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan sehingga halus.

Resepi Sos Toum

Bahan-bahan:

  • 7 ulas bawang putih
  • 1 putih telur
  • 2/3 cawan minyak sayur
  • 1 camca besar jus lemon
  • Garam sedikit

Cara-cara:

  1. Blend dahulu putih telur dengan bawang putih yang telah dikupas dan dihiris. Bila bawang putih sudah halus, sambil terus memblend, masukkan minyak dengan aliran tetap perlahan-lahan. Adunan akan memekat. Teruskan aliran minyak hingga adunan agak kental. Sos toum ni lebih kental dari mayonis.
  2. Akhir sekali, masukkan garam dan jus lemon. Blend hingga sebati.

Letakkan semua bahan secukupnya di atas Roti Laffa.

Balut dengan kemas dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Kredit: Ummu Ashraf

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago