Categories: Resipi

Wanita Ini Kongsi Resipi ‘Durian Crepe Gebu’, Pertama Kali Buat Pun Menjadi & Sedap!

Bila tiba musim durian ni memang wajib buat pencuci mulut yang berasaskan durian seperti pulut durian dan serawa durian. Selain 2 jenis ini, korang juga wajib cuba buat Durian Crepe Gebu.

Siapa yang biasa makan durian crepe ni mesti tahu rasa dia macam mana kan. Bila gigit tu lembut je dalam mulut sebab salah satu inti dia adalah whipping cream. Bila bergabung pula dengan durian, mantap betul rasa dia!

Harga kat kedai boleh tahan mahal juga harga dia. Makan satu tak puas! Bila beli sebekas tak cukup. Haa, apa kata jom cuba buat sendiri kat rumah. Bahan-bahan pun simple je, sekali buat boleh dapat banyak. Selamat mencuba ya!

Baca juga: Musim ‘Doyan’ Dah Tiba, Cuba 5 Resepi Durian Yang Simple Ini

CARA BUAT DURIAN CREPE GEBU

Bahan-bahan kulit crepe:

  • 1⁄2 cawan susu full cream (panaskan sehingga suam-suam kuku)
  • ¾  cawan air
  • 3 sdb gandum
  • 3 sdb tepung ubi
  • 1 1⁄2 sdb tepung jagung
  • Secubit garam
  • Gula halus 1 sdb
  • Minyak masak 1 sdb
  • 1 sdk esen vanilla
  • 1 biji telur dan 1 biji kuning telur sahaja
  • Sedikit pewarna kuning

Cara-cara membuat kulit crepe:

  1. Satukan semua bahan dan pukul menggunakan whisk sehingga sebati.
  2. Kemudian tapis adunan dan biarkan sekejap dalam 5 minit.
  3. Guna kuali non-stick. Hidupkan api perlahan.
  4. Sendukkan sedikit adunan dan tuang ke dalam pan.
  5. Lenggangkan kuali supaya adunan rata dan kulit crepe nipis.
  6. Biarkan sehingga timbul bintik-bintik dan boleh terbalikkan atas pinggan.

Bahan-bahan inti crepe:

  • Non dairy whipping cream
  • Isi durian segar

Cara-cara membuat inti:

  1. Pukul whipping cream sehingga kental.
  2. Ambil sekeping kulit crepe, letakkan sedikit whipping cream dan isi durian di tengah-tengah kulit crepe.

  3. Balut mengikut cara masing-masing.

  4. Siap! Selamat mencuba.

Kredit resipi & gambar: Masturina Ismail, Hanizanor Binti Mohamed

Nasiha

Recent Posts

Ikan Siakap Pedas Manis, Lauk Ini Buat Satu Keluarga Makan Sampai Berselera!

Sudah sering pesan di restoran, jadi sekali-sekala bolehlah cuba masak Ikan Siakap Pedas Manis yang…

5 hours ago

Kuih Apam Mekar Dengan 5 Bahan, Lembut Dan Kembang Gebu Hasilnya

Antara kuih yang sentiasa laku keras dan mendapat permintaan ramai adalah kuih Apam Mekar kerana…

6 hours ago

Resipi Donut Kapas Terlajak Gebu, Makan Sebiji Tak Cukup!

Jom belajar resepi donut lembut dan gebu ini. Teksturnya yang seakan kapas menjadikan ia snek…

6 days ago

Resipi Celup Tepung Rangup Krup Krap, Goreng Apa Saja Pun Boleh!

Kalau ada yang rindu nak makan celup tepung seperti di Terengganu, apa kata kita cuba…

6 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Kukus, Cara Mudah Guna Sukatan Cawan!

Resipi kek coklat moist kukus ini sememangnya sangat lembut dan gebu. Rasa kek yang lembut…

7 days ago

Resipi Sup Ayam Siam, Rasa Masam-Masam Pedas Yang Pasti Menggoda!

Jom cuba resepi sup ayam Thai ini! Rasa sup yang masam-masam pedas, hanya sup siam…

7 days ago