Periuk mangkuk dan periuk belanga sememangnya sudah menjadi koleksi peribadi para ibu-ibu sejak dari dulu lagi. Sehingga ada yang masih bertahan dan dapat digunakan sehingga sekarang kerana telah dijaga dengan elok.
Rupanya ada petua untuk memastikan periuk nampak berkilat macam baru walaupun sudah digunakan bertahun-tahun lamanya. Seperti yang telah dikongsikan oleh Puan Zainun Mamat, beliau masih menggunakan periuknya yang berusia 22 tahun kerana keadaan fizikalnya yang masih lagi utuh.
Beliau turut berkongsikan petua untuk mencuci dan menyental periuk dengan hanya menggunakan 2 bahan. Jom baca dan cuba praktikkan petua yang dikongsikan di bawah untuk membuatkan semua periuk anda berkilat!
Salam Semua. Hari ni bukan nak post pasal masakan. Tapi nak share pasal Petua.
Tiap2 hari kita masak. Lepas masak mesti kena basuh peralatan Memasak terutamanya periuk dan kuali. Selalunya periuk kita akan jadi hitam di bawahnya. Sukar Juga nak cuci Dan sental.
Saya gunakan keluli besi cuci periuk dan lebihan sabun Mandi. Sabun kita guna tu lebihannya jangan dibuang.
Caranya mudah jer. Rendam besi keluli dengan sabun mandi dan sedikit air. Tekan2 sikit. Biar jadi berbuih.
Pastu boleh ler sental periuk Kita. Bilas Dan cuci Bersih. Berkilat jadinya. Sedap mata memandang.
Besi keluli Juga tahan lama sampai 3 ke 4 hari. Tak mudah berkarat. Cubalah.
Periuk Saya ni dah berusia 22 tahun. Masih cun melecun lagi.
Kredit: Zainun Mamat