Festival makanan yang sepatutnya menjadi syurga buat kaki makan bertukar menjadi pengalaman pahit buat seorang wanita apabila dia mendakwa ditipu secara halus sewaktu beli buah potong.
Kecewanya bukan kerana buah yang dibeli tak segar, tapi kerana tindakan peniaga yang menimbang buah bersama beg plastik, menyebabkan caj yang dikenakan menjadi jauh lebih mahal daripada yang sepatutnya.
Baca juga: Pelanggan Marah Lelaki Jual Popia Sebab Panggil ‘Mak Cik’, Ini Respon Netizen
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads @itazzizzati, dia berkongsi pengalamannya ketika pertama kali menjejakkan kaki ke sebuah festival makanan popular.
Melalui perkongsian tersebut, dia beli buah potong daripada seorang peniaga dan harga buah itu dicaj mengikut gram iaitu sekitar RM4.
Pada waktu itu, dia terkejut melihat peniaga buah tersebut menimbang buah termasuklah bekas kuah rojak, kacang dan serbuk cili serta beg plastik yang diberikan kepadanya.
“Aku ambil jambu air 2 biji, jambu batu half biji and secoet nenas. Sikit je gais=RM35.90. Kenapa mahal? Dia timbang semua ni sekali termasuk plastik bag!
Patutlah peniaga ni paksa aku ambil ambil cili tu. Nak cancel tak boleh sebab dia dah cedok. Tulis kat papan, harga buah per gram. End up dia timbang semua benda. Siapa pernah terkena macam aku?”
-itazzizzati-
Perkongsian itu mendapat perhatian pengguna media sosial. Ternyata, ramai yang pernah menjadi mangsa peniaga buah potong yang menggunakan kaedah timbang seperti ini.
Ada yang mendakwa pernah dicaj lebih RM50 gara-gara membeli buah potong sebegitu. Ada juga yang mahu pihak berkaitan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) mengambil tindakan sepatutnya terhadap peniaga berkenaan.
“Ibu saya tinggalkan terus buah tu.”
“Sama je taktik dia.”
“Buah timbang ni mana-mana tempat pun mahal.”
“Kenapa tak report KPDNKK.”
“Beli buah potong harga RM30 lebih, tapi rasa tak sedap.”
Semoga bermanfaat!
Sumber: itazzizzati
Baca juga: Wanita Bengang Peniaga Balut Pulut Sambal Guna Daun Pisang Kotor, Penuh Ulat!
Donut bantal antara pilihan menarik untuk dibuat sendiri di rumah, terutama apabila teringin menikmati kuih…
Cabbage rolls ialah hidangan menggunakan daun kubis yang dibalut bersama inti, kemudian dikukus sehingga masak.…
Cara buat ayam sambal kangkung ini menggabungkan ayam goreng kunyit dengan sambal pedas yang pekat.…
Ada biskut Marie di rumah? Apa kata cuba buat puding batik biskut Marie yang berlapis…
Nak masak lauk yang mudah tetapi tetap menyelerakan? Resipi ayam kukus halia simple ini boleh…
Resipi pari asam pedas ini menggunakan gabungan jintan manis dan daun kesum untuk menghasilkan kuah…