tips simpan udang

Jom amalkan tips simpan udang supaya tahan lama ini. Barulah tak membazir beli udang bukan main mahal tapi bila nak masak, tengok-tengok udang dah jadi lembik dan hitam.

Rupanya ada tips yang boleh dipraktikkan bagi memastikan udang yang disimpan tahan lama, kekal segar, isi lembut dan tak lembik.

Anda boleh menggunakan udang untuk memasak aneka masakan seperti udang masak lemak, udang sambal, udang kari udang, udang masak kam heong dan sebagainya. Jom sama-sama baca tips yang telah dikongsikan oleh Juliana Ibrahim di bawah.

Baca juga: Cara Siang Udang Lipan, Baru Puas Makan Dapat Isi Seketul-seketul

Tips Simpan Udang Supaya Kekal Segar & Tahan Lama

Dulu-dulu Bos Cina saya bagi petua. Kalau nak simpan udang tahan lama & segar isinya, taburkan gula sebelum simpan dalam peti ais.

Saya ikut petua ni dari dulu. Memang betul isi udang tak lembik-lembik & lembut. Korang kalau nak cuba, boleh cuba.

Cara-caranya:

1. Cuci bersih udang. Letakkan di dalam bekas. Kemudian taburkan gula atas udang sebelum disimpan dalam peti ais.

2. Bila dah siap tabur gula, baru sedia untuk disimpan.

Kredit: Juliana Ibrahim

Baca juga: Petua Cuci Siput Sedut Sampai Hilang Segala Lumpur & Lendir, Rasa Pun Jadi Manis!

Baca juga: Resipi Udang Butter Bawang Putih Yang ‘Juicy’, Cara Mudah Tapi Rasa Mantap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN