cendawan enoki

Cendawan enoki sudah mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Ia boleh digunakan dalam pelbagai resipi seperti goreng celup tepung, tomyam, sayur campur dan lain-lain lagi.

Selain itu, cendawan ini juga disukai ramai kerana ia tidak mempunyai rasa yang kuat dan ada sedikit rasa kekacang. Ia juga sangat sedap jika digoreng kerana akan menjadi sangat rangup!

Namun begitu, ada beberapa tips semasa memilih cendawan ini supaya tidak terbeli yang lembik dan berair. Bukan itu saja, cendawan yang tidak fresh juga akan berwarna kekuningan.

Sedikit sebanyak, cendawan yang tidak fresh akan memberi kesan kepada rasa cendawan. Oleh itu, mari ikuti perkongsian oleh Chef Deedee Mansor yang berkongsikan cara memilih cendawan enoki yang betul.

Baca juga: Rahsia Cendawan Goreng Tepung Sedap, Tak Berminyak & Rangup Elok

TIPS PILIH CENDAWAN ENOKI ‘FRESH’

1. Pilih cendawan enoki yang mempunyai bahagian atas yang leper dan tidak kecut. Elakkan memilih yang sudah kecut dan kepala kembang kerana ia sudah masuk angin dan air.

2. Picit cendawan, pilih tekstur seperti span basuh pinggan dan bukan tekstur yang lembik dan berair.

3. Ambil cendawan yang berwarna cerah, bukan yang berwarna kekuningan.

4. Pilih cendawan yang sudah dibungkus dengan vacuum sealer dan pastikan ia tidak masuk angin.

cendawan enoki

Kredit: Chef Deedee Mansor

Baca juga: Resipi Sup Cendawan Sihat Tanpa Gula & MSG, Kenyang Pulak Tu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN