Categories: Tips & Petua

Lelaki Kongsi Tips Masak Lemak Cili Api Yang ‘Power’, Sedapnya Boleh Pergi Jauh!

Negeri Sembilan sangat popular dengan hidangan Masak Lemak Cili Api yang tiada tandingannya. Baru-baru ini, kami terjumpa rahsia untuk membuatnya lebih padu dari biasa.

Seorang pengguna Facebook iaitu Khabbab Jamalludin telah kongsikan beberapa tips Masak Lemak Cili Api yang power sampaikan ramai puji kesedapannya. Jom kita tengok tipsnya!

Baca juga: Tips Kuah Mee Kari Yang Sedap, Wanita Ini Kongsi Rahsia Dari Air Tangan Ibunya

TIPS MASAK LEMAK CILI API YANG POWER

1. Rasa pedas ialah elemen yang paling penting.

Nak masak lemak cili api yang lebih padu, sebaiknya pakai cili api kampung, boleh juga cili api import cuma kurang wangi dan pastikan guna cili api yang banyak.

2. Seterusnya, kena ada rasa masin di dalamnya.

Jangan lupa letak garam, tak kisah nak guna garam laut atau garam bukit sekalipun. Tak nak guna garam, boleh ganti dengan ikan kering.

3. Kemudian, pastikan rasa masamnya seimbang.

Boleh guna bahan di rumah seperti asam keping, bacang, kulit rambah, kundang atau daun asam gelugur mengikut citarasa (saya guna belimbing buluh).

4. Rasa manis perlu ada, tapi jangan guna gula.

Elemen manis yang dibenarkan hanya serai (masakan daging atau ayam, ikan biasanya tak guna serai tapi boleh tambah hirisan daun kunyit) dan santan (terutamanya santan segar) dan ingat, gula adalah dilarang sama sekali.

5. Santan kena pekat dan tak pecah minyak, barulah lemak berkrim.

Walaupun rasanya lemak, santan memiliki kandungan lemak tepu (lemak jahat yang rendah) dan hal ini berubah jika santan pecah minyak.

Oleh sebab itu, pentingnya santan tak pecah minyak supaya rasa lemak berkrimnya lebih sihat. Kekuatan masak lemak cili api adalah pada rasa lemaknya, jadi santan kenalah pekat.

Formula saya guna 1kg santan untuk 1kg bahan (daging, ayam, ikan), tambah air kosong atau masak sama banyak dengan santan.

Nak guna santan kotak pun boleh dan biasanya lebih pekat, jadi kena campurkan dengan air siap-siap sebelum masuk (kacau elok-elok atau terus kisar).

6. Nak tambah sedap, kena ada elemen pahit sekali.

Rasa pahit ialah elemen tambahan yang naikkan lagi kesedapan masak lemak cili api, tapi tak kisah ada atau tak. Selain peria, boleh guna daun maman (saya guna daun pegaga).

7. Kunyit wajib ada dalam masakan.

Tak kisah nak guna kunyit jenis serbuk atau buku, tapi rasanya lebih kurang sama (kunyit hidup ada bau sedikit wangi) dan serbuk lebih mudah disimpan.

8. Kena pandai guna teknik untuk elak masakan santan pecah minyak.

Teknik penting untuk elak pecah minyak adalah api sederhana kuat, sekejap-sekejap kacau. Apabila api kuat, perlahankan tapi tetap kena kacau.

Jika biarkan santan dengan api perlahan, nanti pecah minyak. Jika biar api kuat atau tutup, nanti berketul. Oleh itu, kena kacau selalu.

Apabila santan mendidih dan jadi pekat (dalam 10 hingga 15 minit), tutup api. Semasa tutup api nampak sedikit cair, tapi tunggu sekejap lagi pasti eloklah.

9. Bila nak masukkan rencah? Bergantung kepada rencah yang digunakan.

Rencah yang ambil masa lama nak masak sebaiknya direbus dengan serai, kunyit dan garam dahulu. Apabila sudah lembut, baru masukkan santan.

Ada juga yang masuk terus santan sampai masak tapi kena selalu kacau, tapi saya tak begitu rajin dan berkesempatan.

Kesimpulannya, nak masak lemak cili api yang mantap hanya perlu yakin dengan gabungan rasanya dan tak perlu takut. Terpecah minyak sedikit pun tak apa, rasanya tetap sedap.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Khabbab Jamalludin

Baca juga: Tips Satukan Semula Santan Pecah Semasa Memasak, Masukkan Sehelai Daun Saja!

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

3 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

3 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

3 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

4 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

4 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago