tips kupas telur rebus

Anda pasti pernah mengalami situasi kulit telur yang melekat pada putih telur ketika mengupasnya. Oleh itu, anda perlu tahu beberapa tips kupas telur rebus yang cantik.

Jika anda tidak menggunakan tips yang ada, telur rebus yang dah dikupas nampak menggerutu dan tidak cantik. Ada yang sampai terkoyak dan terbelah sampai nampak kuning telur.

Di sini kami kongsikan beberapa tips mudah yang anda boleh ikut dengan yakin.

Baca juga: Cara Masak Telur Rebus Dalam Air Fryer, 10 Minit Siap!

TIPS KUPAS TELUR REBUS YANG CANTIK

1. Sebelum kupas telur, masukkan dalam air berais

Apabila anda selesai rebus telur, segera pindahkan telur rebus tadi dalam air berais. Pastikan telur tersebut dibiarkan berendam dalam air berais paling kurang selama 5 minit.

Air berais membantu telur rebus untuk mengecut sedikit akibat proses penyejukan. Jadi, putih telur tak mudah melekat pada kulitnya nanti.

2. Masukkan serbuk baking soda dalam air untuk rebus telur

Cara lain untuk memudahkan anda mengupas telur rebus adalah dengan memasukkan serbuk baking soda di dalam air yang anda akan gunakan untuk rebus telur tu.

3. Kupas telur gunakan cara crack and roll

tips kupas telur rebus

Antara cara yang paling berkesan untuk mengupas telur rebus adalah cara crack and roll. Secara mudahnya, anda hanya perlu ketuk sedikit kulitnya supaya merekah.

Tekan sedikit telur tersebut di atas permukaan rata sambil menggulingkannya. Kemudian kupas selaput kulit dan kulit telur tadi akan tertanggal dengan mudah.

4. Kupas telur di dalam air bersuhu bilik atau air sejuk

Selepas telur direbus, masukkan telur tersebut dalam bekas berisi air dan pastikan telur tersebut betul-betul terendam di dalamnya.

Ketuk sedikit telur di dalam air tadi menggunakan tepi atau dasar bekas supaya mempunyai rekahan pada kulitnya, dan kupas kulitnya semasa telur tersebut berada di dalam air.

5. Jangan Gunakan Telur Terlalu Segar Untuk Direbus

Telur di pasar raya cukup umur untuk direbus kerana biasanya sudah berumur 2 minggu ke satu bulan.

Jika anda beli telur segar yang dibeli terus dari ladang atau penternak ayam di pasar tani, pastikan tunggu sekurang-kurangnya satu atau dua minggu sebelum direbus.

Ini adalah bagi memudahkan anda mengupasnya nanti.

Itulah antara tips kupas telur rebus yang anda boleh gunakan. Hasil telur rebus anda pasti lebih cantik nanti.

Sumber: Mysumber TV

Baca juga: Hanya Guna 2 Bahan, Petua Rebus Telur Supaya Jadi Berkilat, Kenyal & Mudah Kupas

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN