kapur pada mi kuning

Selalunya bila masak mi kuning, pasti akan ada rasa kapur kan? Terus terbantut selera makan sebab kapur pada mi kuning tersebut beri rasa yang tidak enak.

Jika dimasak mi goreng mungkin akan kurang sedikit rasa kapur, sebaliknya jika dimasak mi kuah atau mi kari akan terasa kuat rasa kapur itu.

Oleh sebab itu, ramai yang rendam terlebih dahulu mi tersebut untuk hilangkan rasa kapur. Nak mudah, ikut cara yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok di akaun miliknya di bawah.

Baca juga: Buat Sendiri Mee Kuning Guna 4 Bahan Je, Lebih Selamat Tanpa Pengawet!

CARA MUDAH HILANGKAN KAPUR PADA MI KUNING

1. Masukkan mi kuning dalam periuk atau bekas yang sesuai.

2. Leraikan mi kuning tersebut supaya air terkena pada semua bahagian mi.

3. Kemudian masukkan air sehingga mi tenggelam sepenuhnya.

kapur pada mi kuning

4. Seterusnya, masukkan sedikit gula perang atau gula putih. Gaul sehingga semuanya sebati.

kapur pada mi kuning

5. Rendam mi tersebut lebih kurang selama 15 hingga 30 minit supaya hilang semua rasa kapur.

6. Selepas itu, basuh sekali lagi dan toskan.

Mi sedia digunakan untuk masak pelbagai resipi mi kesukaan anda.

Lihat video penuh di bawah:

Sumber: Aliabangs (TikTok)

Baca juga: Cara Buat Mee Goreng Basah Paling Sedap, Resipi Dari Tukang Masak Sendiri!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN