Pasti ramai yang tidak tahu bahawa sebenarnya ada tips beli telur dengan betul. Telur ayam adalah salah satu makanan yang wajib ada di setiap rumah. Walaupun selalu dimasak untuk lauk yang biasa, tetapi dengan adanya lauk telur ayam seperti telur goreng ianya cukup untuk melengkapkan makanan anda sekeluarga.
Tetapi ada dikalangan kita tidak tahu bahawa pemilihan telur ketika membeli juga harus dititik beratkan. Ini adalah untuk memastikan telur yang kita beli itu masih segar, bersih dan selamat untuk dimakan.
Jika kita membeli telur yang sudah tidak segar, ia berkemungkinan besar boleh memberikan kesan buruk kepada kita. Jadi kita wajib tahu cara pemilihan telur yang segar dan baik sebelum pembelian.
Di Twitter, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Putrajaya melalui KKM Nak Pesan ada berkongsi tips penting dan pesanan tentang pemilihan telur di pasaran. Berdasarkan infografik yang bersumberkan BKKM Kelantan, ini adalah 6 tips memilih telur.
6 Tips Yang Wajib Anda Tahu Ketika Membeli Telur Ayam
- Baca label yang tertera di telur
- Lihat tarikh luput
- Pastikan telur tidak berbau
- Tiada najis pada telur
- Pastikan tiada retakan pada telur
- Tiada telur yang pecah
Selain itu, BKKM juga ada menyatakan beberapa pesanan iaitu:
- Beli ikut keperluan bagi menikmati kesegaran telur, elakkan simpan stok terlalu lama
- Simpan di tempat yang sesuai (dingin/kering)
- Basuh telur sebelum guna
Kesan Buruk Jika Makan Telur Busuk
- Keracunan makanan
- Cirit birit
- Muntah
Telur yang rosak juga akan mengeluarkan sejenis bakteria yang dipanggil pseudomonas, ia akan menyebabkan telur berbau busuk dan bertukar menjadi hijau kebiruan.
Jadi, pemilihan telur sebelum pembelian amatlah penting dan anda wajib untuk ikut tips diatas agar telur yang anda beli itu segar dan selemat untuk dimakan.