Kenapa sayur campur dekat kedai makan nampak sedap ye? Ini tip sayur cantik berkilat macam di restoran. Memang menjadi.
Sayur campur ialah salah satu menu mudah namun sangat menyelerakan terutamanya bagi peminat sayur-sayuran.
Baca juga: Rawat Pokok Kari Yang Ada Bintik Hitam, Wanita Ini Kongsi PETUA
Selalunya di bufet hotel, restoran atau kedai makan, menu sayur campur di sana nampak sedap dan rangup, tak jemu dimakan.
Rupanya ada cara untuk mendapatkan sayur campur yang nampak segar, tidak layu dan cantik berkilat. Mudah sangat!
Anda boleh menggunakan tip daripada Cik Puan Siti Khodijah yang berkongsi tip ibu mentuanya.
TIP SAYUR CANTIK BERKILAT
Sebelum menggoreng, pastikan buat ini dulu. Jika hendak sayur campur atau sayur tumis nampak berkilat cantik. Celur dahulu sayurnya dalam air panas mengelegak.
Selepas itu toskan sayur dan barulah masak seperti biasa. Memang sayur akan nampak cantik berkilat selepas menggoreng dan khasiat sayurnya tak akan hilang.
Cara Bagi Sayur Kekal Segar
Ini cara saya simpan sayur jika kebiasaanya ‘topup’ bekalan sayur di rumah 2 minggu sekali atau 3 minggu sekali untuk beli segala keperluan masak.
Tip simpan sayur segar berminggu-minggu.
1. Satukan semua sayur dalam satu bekas yang besar dan rendam bersama air tambah sedikit garam selama 10minit.
2. Toskan selama beberapa minit.
3. Rendamkan balik sayur dalam air sahaja tanpa garam tau selama 5minit sahaja.
4. Toskan lagi sampai air menghilang dari sayur okey. Lepas itu masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais dan siap.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Pokok Terung Dah Tua? Ini Cara Nak Rawat Bagi Berbuah Dan Subur Balik