tip nasi ayam

Rupa-rupanya, ada tip nasi ayam lebih harum, gebu dan lembut berderai. Barulah ia sedap dimakan bersama ayam, sup dan sosnya.  Biasanya, anak-anaklah antara peminat nasi ayam yang paling tegar. Kadang-kadang, mereka tidak perlu lagi hidangan lain, nasi itu sendiri sudah cukup enak.

Lebih-lebih lagi jika dimasak dengan betul, aroma yang harum saja sudah cukup mengundang selera dengan rempah yang digunakan. Bukan hanya kanak-kanak, ibu-ibu pun suka menikmatinya.

Baca juga: Cara Kurangkan Kalori Dalam Nasi Putih, Tambahkan SATU Bahan Ini Masa Masak

Jika ingin tahu rahsia nasi ayam yang lembut dan enak walau dimakan begitu saja, anda boleh mengikuti resipi yang dikongsi oleh Aisyah Humaira ini.

TIP NASI AYAM LEBIH HARUM, LEMBUT DAN GEBU 

Jika anda ingin menikmati hidangan yang paling mudah dan ringkas, tentulah nasi ayam adalah pilihan yang tepat. Hanya nasi, ayam, sup, sos cili, dan sos kicap yang dimasak mengikut selera masing-masing.

Tetapi, rahsia kelazatan sebenarnya terletak pada nasinya. Bau harum yang semerbak, lembut, dan jika mungkin boleh dimakan begitu sahaja, inilah resipinya.

tip nasi ayam

Bahan-bahan:

Bahan untuk menumis:

  • 1 biji bawang besar – dipotong 4
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 helai daun pandan yang diikat
  • 4 hiris halia

Cara-cara Penyediaan:

1. Dalam kuali, cairkan mentega dan masukkan bahan untuk menumis, masak sehingga bawang layu. Masukkan kiub pati ayam dan biarkan sebati.

2. Kemudian, matikan api (jika menggunakan dapur gas), masukkan beras, air rebusan ayam, dan air biasa mengikut sukatan biasa untuk memasak nasi. Gaul rata dan masak sehingga nasi masak. Siap.

3. Jika menggunakan periuk nasi, langkah-langkahnya sama.

Tip Untuk Nasi Cantik: Selepas nasi masak, gemburkan nasi perlahan-lahan agar nasi kelihatan cantik berderai dan lembut.

Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Aisyah Humaira

Baca juga: Panduan Simpan Daging Mengikut Jenis Supaya Tahan Lama

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN