tip memasak lebih sedap

Rupa-rupanya ada tip masakan lebih sedap selain mengunakan garam untuk pelengkap hidangan.

Baca juga: Tip Masak Ekspres Tanpa STRESS, Wanita Ini Kongsi 5 Cara

Memasak dengan lebih baik memerlukan gabungan kemahiran, pengetahuan dan kreativiti. Berikut ialah beberapa petua dari @PnSyuhaida yang boleh membantu anda memasak dengan hasil yang lebih sedap.


TIP MASAKAN LEBIH SEDAP GUNA 7 BAHAN INI

Tip Masakan Lebih Sedap

Saya nak kongsikan sedikit petua atau tip ringkas tetapi saya yakin ia berguna untuk beginners yang baru berjinak-jinak dengan memasak.

Kali ini, saya nak kongsikan bahan yang boleh bantu sedapkan atau dalam erti kata lain melengkapkan rasa sesuatu makanan. Ini hanya sebagaian kecil saja. Masih banyak bahan lain yang bantu menjadikan hidangan kita lengkap.

1. Gula Kelapa

Membuatkan masakan jenis sambal menjadi lebih sedap. Penggunaan gula kelapa juga mampu membangkitkan rasa

2. Garam

Elakkan masuk garam ketika memasak. Lebih-lebih lagi masakan berdaging, biar empuk dahulu baru letak garam.

3. Santan

Elakkan menggunakan api yang besar ketika masak menggunakan santan.

4. Asam Jawa

Pelengkap rasa masin, masam, manis dan masakan.

5. Timun

Timun sebagai penyelamat jika masakan anda terlebih pedas atau masin. Jenis masakan yang sesuai masukkan timun seperti asam pedas, atau masak lemak.

6. Bawang Putih

Bahan wajib ketika memasak, ia memberikan aroma dan selain rasa, ia mampu membuka selera dengan bau wangi bawang putih ini.

7. Perencah

Sebagai pelengkap rasa dalam masakan selain masak lemak. Boleh juga digunakan sebagai pengganti garam.


Dengan mengamalkan tip ini, anda boleh meningkatkan rasa masakan anda secara semulajadi tanpa bergantung kepada bahan perisa tambahan.

Ini akan memberikan hasil yang lebih enak dan sihat untuk anda dan keluarga anda.

Semoga bermanfaat.

Baca juga: Tip Ayam Goreng Biasa Lagi Rangup Dan Juicy, Kena BUAT INI Baru Jadi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN