Alamak! Lauk kari ku masin! Macam mana nak ‘repair’ ni? Ini tip hilangkan rasa masin yang anda boleh ikuti.
Pasti haru-biru jika hidangan kari anda terlebih masin. Sudahlah perut sudah berkeroncong, lauk extra pula tiada. Hanya mengharapkan hidangan yang sedia ada.
Pasti anda rasa tidak sampai hati untuk membuang kari tersebut.
Baca juga: Tip Tanam Pokok Kari Dekat Rumah, Ini 10 Cara Mudah Boleh Dicuba
Walaupun sudah bermacam-macam cara dibuat, namun masinnya tetap sama. Bak kata orang ‘boleh kena darah tinggi.’
Jangan risau, ada beberapa cara untuk anda selamatkan lauk tersebut dan membetulkan rasa masakan supaya tidak terlalu masin. Bahan-bahannya juga mudah untuk dicari di dapur.
TIP HILANGKAN MASIN DALAM HIDANGAN KARI
Pernah tak tiba-tiba kari korang terasa masin? Ini mesti gara-gara terlebih garam. Tapi jangan panik, kari itu masih boleh diselamatkan lagi.
Bagi mereka yang baru belajar memasak, garam seeloknya ditaburkan dengan cubitan jari untuk mengelakkan terlebih rasa. Jangan membazir, kalau ikut tip yang mudah ini, memang lauk kari korang dapat diselamatkan.
1. Masukkan Hirisan Kentang Mentah
Hiriskan beberapa kentang mentah dan masukkan ke dalam kari anda. Hirisan kentang itu akan menyerap dan boleh mengurangkan rasa masin daripada garam yang berlebihan itu. Biarkan kentang dalam 20 minit dalam kari.
Bukan hiasan lauk semata, tetapi ada fungisnya kentang dalam kari ini.
2. Tambahkan Krim Segar
Tambahkan krim segar untum meneutralkan kesan garam. Ia akan menyebabkan kari lebih berkrim dan mengurangkan rasa garam yang berlebihan itu.
3. Kentang Rebus
Anda boleh juga menambahkan kentang rebus di dalam kuah kari dan biarkan ia daalam kuah tersebut.
4. Susu Seimbangkan Rasa
Menambahkan susu juga mampu memberi kesan yang sama kerana ia juga berupaya mengurangkan jumlah garam yang dimasukkan kerana ia boleh meneutralkan kemasinan dan mengimbangkan rasa keseluruhan kari.
5. Hirisan Bawang Besar
Anda juga boleh menambahkan bawang besar mentah ataupun yang telah digoreng. Caranya. belahkan bawang tersebut kepada dua dan masukkan sebentar di dalam kuah. Selepas beberapa minit, baru keluarkan bawang ini tadi. Bawang ini dapat membantgu serapkan lebihan garam.
Anda juga boleh menambah bawang besar yang digoreng untuk menambahkan perisa dan biarkan sahaja ia di dalam kari.
Semoga bermanfaat ke semua tip di atas.
Sumber: Lemon8 @iamiza
Baca juga: Rawat Pokok Kari Yang Ada Bintik Hitam, Wanita Ini Kongsi PETUA