thigh ayam

Siapa suka makan thigh ayam? Ini bahagian yang paling diminati ramai dan juga sangat sedap jika digoreng sehingga rangup.

Namun jika salah menggoreng, isi di dalam tidak menjadi juicy. Sebaliknya ia akan keras atau tidak masak sepenuhnya.

Oleh itu, jom kita pelajari cara menggoreng ayam thigh yang betul seperti perkongsian oleh Encik Rohim Ismail di bawah.

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Bawang Putih Rangup, Makan Hari-Hari Pun Tak Muak!

CARA GORENG THIGH AYAM YANG RANGUP & JUICY

Bahan-bahan:

  • Ayam bahagian thigh
  • 2 liter air
  • 3 sudu teh garam halus
  • Tepung bestari
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Air campuran ais batu

Cara-cara:

  1. Rendam ayam dalam air garam. Nisbah sukatan air 2 liter dan 3 sudu teh garam halus. Rendam semalaman dan simpan dalam peti ais bahagian chiller.
  2. Selepas semalaman, keluarkan ayam dan toskan.
  3. Ambil tepung bestari, bancuh dengan air dan letak lebih kurang 2 sudu besar minyak masak. Pastikan bancuhan jangan terlalu cair.
  4. Masukkan ayam dalam bancuhan tepung tadi. Lumur pada keseluruhan ayam sehingga rata.
  5. Kemudian, golekkan ayam ke dalam tepung bestari yang kering pula.
  6. Selepas itu, rendam ke dalam air campur ais batu selama 3 minit.
  7. Keluarkan dari air rendaman dan golek sekali lagi ke dalam tepung bestari yang kering untuk kali kedua.
  8. Kemudian, goreng di dalam minyak yang banyak (deep fry) selama lebih kurang 15 minit dengan api sederhana.
  9. Hasilnya, tepung luar sangat rangup dan rasa garam menyerap sampai ke isi ayam.

Tip: Tepung akan masih rasa sedikit rangup sampai malam. Untuk rangupkannya semula, masukkan ayam goreng ke dalam air fryer. Bakar selama 6 minit dengan suhu 200°C.

Kredit resipi dan gambar: Rohim Ismail

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Berempah Yang Wangi, Ikut Cara Ini Supaya Banyak Serdak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN