Categories: Resipi

Terung Bakar Asam Lemak, Resipi ‘Bikin’ Terliur, Cukup Rasa Masam, Pedas Dan Berlemak

Menu Terung Bakar Asam Lemak ini pernah viral. Cara memasak terung bakar pula ada berbagai versi. Tapi konsep yang sama digunakan iaitu membakar terung. Terung ini perlu bakar diatas dapur gas sahaja.

Terung juga antara makanan yang ada khasiatnya. Terung merupakan sayuran berwarna ungu yang mempunyai kandungan nutrisi luar biasa. Di dalam terung terkandung kalsium, mineral, kaya serat, bioflavonoid serta vitamin K.

Baca juga: Terung Tempura Inti Tuna, Sedap Makan Dengan Nasi Panas-panas

Siapa sangka banyakkan khasiat terung ini. Terung juga boleh dimasak dengan pelbagai cara antaranya bakar, gulai, kari, goreng dan macam-macam lagi.

Terima kasih pada Nurulhuda Radzi, kerana sudi berkongsi resipi ini dan telah meraih sehingga 1.9K perkongsian! Langkah memasak dah ada, cuma perlu ikut sahaja.

Orang kata makan terung bakar asam lemak dengan nasi putih panas-panas boleh bertambah-tambah nasi. Hilang diet dibuatnya.


RESIPI TERUNG BAKAR ASAM LEMAK

Jangan terliur dulu, jom kita tengok cara-caranya di bawah.

Bahan-bahan:

  • Terung (dibakar)
  • 2 biji cili besar
  • 2 biji cili padi
  • Belacan (tumbuk kasar)
  • Santan
  • Perahan limau
  • Garam
  • Gula
  • Bawang besar (dihiris nipis)

Cara-cara membuatnya:

1. Bakar terung hingga hitam, jangan risau bakar sampai hitam lagi sedap.

2. Buang kulit terung. Kalau tak buang, pahit pula nanti.

3. Tumbuk kasar cili padi, cili besar dan belacan. Kemudian asingkan dalam mangkuk kecil.

4. Masukkan terung, santan, bawang besar, cili padi potong, dan perahan limau. Letakkan sedikit perasa garam dan gula. Kemudian gaul biar sebati.

5. Biar rasanya sudah okay dan lengkap, bolehlah dihidang.


Siap untuk dimakan! Siapa kata hidangan ini susah? Mudah dan senang je tau! 

Hanya perlu bakar terung kemudian campurkan dengan bahan-bahan lain. Selamat mencuba!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago