Kadang-kadang tekak kita ni mesti teringinkan makanan barat pulak kan? Haa tapi ramai yang tak tahu bahawa di Kuala Lumpur ada sebuah kedai yang menyajikan makanan western yang sedap, murah dan yang paling best, kuantiti makanan yang disediakan amatlah banyak. Memang tak rugi kalau anda datang makan di sini. Confirm kenyang seharian.
Sebuah akaun di Twitter @MalaysianFoods, ada berkongsikan sebuah kedai makan yang menyajikan makanan western yang murah dan sedap!
” Kalau macam ni lah punya portion, lepastu harga western dia sangat2 lah murah memang terbaikkk! Dengan Selambak kentang, lamb chop, chicken chop grill dan salmon steak dan limpahan sos blackpepper. ”
” Ini portion boleh makan sampai 2 orang ”
Portion makanan di kedai ni sangatlah besar sehinggakan boleh berkongsi dengan dua orang tau!
” Ini portion boleh makan sampai 2 orang. Jenis yang cepat kenyang, jangan makan berseorangan. Satu pinggan boleh kongsi 2-3 orang.. Jangan Bazirr ”
Selain daripada western, kedai ini juga terkenal dengan udang goreng dan sotong goreng mereka. Dicicah pula dengan sos buatan sendiri yang dibuat khas oleh pekerja di sini, fuhh memang layan.
” Selain Western, ada Udang Goreng Tepung dan Sotong Goreng tepung! Cicah pula dengan sos homemade dan cili sos, perghhh nikmat, naik ke bulan Sumpah sedap! Korang wajib try..”
Haa tengok pada gambar diatas pun dah boleh terliur kan? Jadi anda tunggu ada lagi? Jom la serbu kedai makan western ni, memang confirm terbaik lah!
Sumber: @MalaysianFoods
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…