Categories: Resipi

Teringin Nak Rasa ‘Pani Puri’? Ini Cara Membuatnya

Peminat cerita hindi atau tamil pasti pernah tengok makanan yang dinamakan Pani Puri ini.

Pani Puri merupakan satu satu makanan tradisi di India yang popular di sana. Rasanya yang manis, masam dan pedas memang boleh buat ketagih! Makan satu confirm tak cukup.

Jom lihat cara membuatnya di bawah. Semoga bermanfaat!

Resipi Pani Puri

1) PURI

Bahan-bahan puri:

  • 1 cawan semolina/suji halus
  • ¼ cawan tepung gandum
  • 1sk garam
  • ½ cawan air panas

Cara-cara membuat puri:

  1. Gaulkan semua bahan kecuali air panas sehingga sebati.
  2. Jadikan lubang di tengah mangkuk. Masukkan air panas sedikit demi sedikit dan uli sampai menjai doh.
  3. Uli dalam 5 minit kemudian tutup dengan tuala lembap. Perap selama 20 minit.
  4. Kemudian uli lagi dalam 2 atau 3 minit, doh akan menjadi lembut.
  5. Bahagikan doh kepada 2 bahagian, canai nipis dan tekap dengan acuan bulat bersaiz kecil.
  6. Cara menggoreng, gunakan api sederhana. Masukkan satu dahulu, bila dah kembung baru masukkan yang seterusnya. Ulang sehingga habis.

Kalau nak cepat, pakai puri chips/papad. Lebih cepat and crispy.

2) MINT PANI

Bahan mint pani:

  • Segenggan daun ketumbar*
  • ½ genggam daun pudina*
  • 1″ halia*
  • 2 batang cili api*
  • ¼ cawan air asam jawa*
  • ½ cawan air*
  • 2 cawan air
  • 1 sudu besar serbuk pani puri masala (beli kat shopee)
  • Garam secukup rasa
  • ¼sk Lada hitam
  • 2 sb perahan lemon

Cara-cara membuat mint pani:

  1. Kisar semua bahan bertanda (*) sampai halus. Kemudian tapiskan.
  2. Tambahkan air, serbuk pani puri masala, garam, lada hitam dan perahan lemon.
  3. Kalau rasa bancuhan kuat, tambahkan air dan ubahsuai rasa masala dan garam mengikut citarasa.
  4. Bancuhan kena cair tapi secukup rasa. Lengkap rasa masam, masin dan pedas.

3. TAMARIND PANI

Bahan-bahan:

  • Asam jawa tanpa biji (size bola pingpong)*
  • 1 ketul gula melaka mini (guna separuh kalau guna yang saiz biasa)*
  • 5 biji kurma, buang biji*
  • 2 cawan air*
  • Tambahkan 1sk pani puri masala
  • ½sk serbuk cili
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Rebus semua bahan bertanda (*) sehinga kurma lembik.
  2. Kemudian kisar sehingga menjadi puree. Tapiskan untuk dapatkan tekstur yang smooth. Tambah air jika pekat.
  3. Tambahkan pani puri masala, serbuk cili dan garam secukup rasa.
  4. Kacau sebati sehingga tekstur likat macam puree.

4) ALOO STUFFING (KENTANG)

Bahan-bahan:

  • 5 biji ubi kentang, rebus sampai lembut & lenyek2 kan*
  • 1sb serbuk cili*
  • 1sb pani puri masala*
  • Garam secukup rasa*

Cara-cara:

  1. Satukan bahan bertanda (*) dan kacau sebati. Ubahsuai sehingga rasa seimbang. Tambah lada hitam jika suka rasa pedas-pedas. Siap!

Bahan lain:

  • 1 biji bawang besar potong dadu
  • Sedikit daun ketumbar cincang halus
  • 2-3 batang cili padi potong halus

Cara makan:

Pecahkan bahagian atas puri dgn ibu jari, bagi jd lubang. Masukkan aloo stuffing, bawang, daun ketumbar dan cili. Tuangkan sedikit tamarind pani and selebihnya mint pani. Dah boleh makan!

Kredit: Liza Sharif

Wan N

Recent Posts

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

5 minutes ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

13 minutes ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

4 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

5 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

6 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

7 hours ago