Tepung gandum adalah bahan asas dalam pembuatan roti, kek, biskut, dan pelbagai jenis makanan lain. Tepung gandum mengandungi gluten, yang membantu doh mengembang dan memberikan tekstur kenyal.
Namun, kadangkala tepung gandum yang belum dibuka mahupun belum tamat tempoh, ia akan jadi berketul dan bergentel. Sebenarnya, ia masih belum rosak dan masih boleh digunakan.
Jadi, bagaimana cara hilangkan ketulan itu? Jom ikut tips yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook seperti di bawah.
“Pernah tak antara kawan-kawan yang alami macam saya. Tepung yang baru dibeli dan dibuka bungkusan melihat tepung seakan bergentel dan berat. Bila dilihat pada bungkusan usia tepung masih baik dan belum tamat tempoh.
Sebenarnya tepung juga ada lembapan. Gentelan itu terjadi kerana Malaysia ni kelembapan yang tinggi memberi kesan walaupun bungkusan tepung masih belum pernah dibuka atau digunakan. Sebenarnya tepung itu tak rosak.
Orang dulu-dulu mereka menjemur tepung. Agar tepung sentiasa dalam keadaan baik. Tapi hari ini budaya menjemur tepung tidak lagi diamalkan kerana ia agak rumit dan remeh.
Ini akak nak kongsi macam mana selalu akak rawat jika dapat tepung yang macam tu.”
Baca juga: 10 Fungsi Tepung Jagung, Boleh Hilangkan Bau Tong Sampah Juga
TIPS BAIKI TEPUNG GANDUM BERKETUL (BELUM TAMAT TEMPOH)
Cara-caranya:
1. Pertama, keluarkan tepung dan letakkan di dalam dulang pembakar atau loyang.
2. Keringkan tepung dengan kaedah memasukkan ke dalam oven dengan suhu yang paling rendah selama 10 minit.
3. Ulang proses kedua sebanyak 2 atau 3 kali mengikut kondisi tepung. Bagi mengenali tepung yang sudah okay, aduk dengan sudu atau senduk dan akan dapat merasakan tepung menjadi lebih ringan.
4. Keluarkan tepung yang sudah kering, ayak supaya mendapatkan tepung yang licin dan tidak bergentel lagi.
5. Pastikan suhu tepung yang siap diayak atau ditapis benar-benar suhu bilik sebelum disimpan.
6. Setelah tepung benar-benar sejuk/suhu bilik, bolehlah disimpan ke dalam bekas kedap udara untuk kegunaan seterusnya.
Semoga tips Ini bermanfaat buat semua.
Sumber: Norulrafidah Omar
Baca juga: 10 Fungsi Tepung Jagung, Boleh Hilangkan Bau Tong Sampah Juga