Categories: Resipi

Tempoyak Ikan Bilis Petai, Resipi Penuh Bikin Kecur Air Liur!

Entri hari ini kami ingin kongsikan resipi tempoyak ikan bilis petai yang mempunyai rasa pedas, masam serta sedikit manis. Hidangan ini sangat sesuai dinikmati bersama nasi panas dan lauk sampingan seperti ikan masin atau ikan pekasam.

Resipi ini juga sekiranya anda suka kuah yang lebih basah, tambahkan sedikit air, tetapi pastikan tidak terlalu banyak supaya ia tidak menjadi terlalu cair.

Jom kita baca resipi lengkap di bawah.

Baca lagi: Ikan Talang Masin Masak Asam Ini Memang PADU, Rasa Yang Buat Nak Tambah Lagi!

RESIPI TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI

Bahan-bahan:

  • 2 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • Segenggam cili padi (ikut tahap kepedasan yang anda suka)
  • Ikan bilis secukupnya
  • 3 sudu besar tempoyak (boleh tambahkan mengikut selera)
  • Daun kunyit, dihiris halus (buang urat tengah daun yang keras)
  • Petai secukupnya
  • 1 cawan air
  • Gula, garam & serbuk perasa secukup rasa

Cara-cara Penyediaan:

1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, dan cili padi menggunakan lesung batu sehingga lumat. Jika anda tidak mahu menggunakan lesung batu, boleh kisar bahan-bahan ini dengan blender untuk lebih mudah.

2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, kemudian tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar tadi. Goreng sehingga wangi dan bahan tumisan kelihatan garing.

3. Setelah bahan tumis garing, masukkan ikan bilis ke dalam kuali. Kacau rata sehingga ikan bilis sebati dengan bahan tumisan dan masak.

4. Masukkan 3 sudu besar tempoyak ke dalam kuali bersama satu cawan air. Kacau sehingga campuran tempoyak dan air sebati dan masak. Jika suka tempoyak lebih, anda boleh tambahkan mengikut citarasa.

5. Tambahkan gula, garam, dan serbuk perasa secukupnya untuk seimbangkan rasa masam tempoyak. Kacau hingga campuran mula pekat dan masak mengikut kepekatan yang anda suka.

6. Akhir sekali, masukkan petai dan hirisan daun kunyit. Kacau rata tetapi jangan terlalu lama kerana petai tidak perlu dimasak terlalu lama untuk mengekalkan rasa rangup dan aromanya yang sedap.

7. Setelah semuanya masak, tutup api dan hidangan tempoyak ikan bilis dan petai anda sedia untuk dinikmati. Hidangkan bersama nasi panas, dan lauk seperti ikan pekasam atau ikan gelama masin untuk lebih nikmat.

Tip Tambahan:

  • Jangan kacau petai terlalu lama kerana ia akan kehilangan tekstur rangupnya. Cukup kacau beberapa kali sahaja sebelum menutup api.

Sumber: Salmah Muhamad

Baca lagi: Cara Buat Popia Sira Sambal, Ada Tips Supaya Tak Lemau Dan Kekal Rangup!

Aisha Qistina

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago