Categories: Resipi

Cara Buat Teh Rempah Yang Sedap Di Rumah, Memang Ketagih Dibuatnya!

Pernah cuba buat teh rempah? Kalau kesayangan korang suka minum teh, apa kata korang belajar cara membuatnya.

Teh ni lagi power dari yang kat kedai mamak tau. Memang kena try! Lain dari yang lain rasanya. Boleh ketagih dibuatnya!

Orang kata nak pikat hati suami kena ikat perutnya dulu. Kalau masakan dan minuman yang kita hidangkan sedap dan memenuhi citarasanya, confirm encik suami dah tak pegi makan luar lagi. 

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi ‘1 Bahan’ Rahsia Buat Teh Tarik Berlemak Padu 

Resipi teh paling sedap dan power ni telah dikongsikan oleh Rokiah Carangkulina. Resipi ini telah viral sehingga meraih 9k shares tau! Wah! Korang nampak tak berapa ramai pengguna Facebook yang jadi tea lover. Kalau asyik minum yang kat luar je, kopak juga kan.

Sarapan pagi wajib ada teh, minum petang pun wajib ada teh. Sampai sebelum tidur pun nak minum teh. Korang kategori orang yang macam ni juga ke? Kalau korang hantu teh, better korang follow resipi ni. Mudah je! Yang penting korang guna teh yang berkualiti.


RESIPI TEH REMPAH

Jom lihat  apa rahsia dan ramuan yang di gunakan dalam penyediaan teh rempah yang paling sedap dan power ni. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan kat bawah ni.

Bahan-bahan: 

  • 1 sudu Serbuk teh berkualiti
  • 1 keping Kayu manis (patahkan kecil-kecil)
  • 1 biji Buah pelaga
  • 2 biji bunga cengkih
  • Susu manis, cair, segar (ikut stok apa yang ada dirumah)
  • Secubit garam

Cara-cara membuatnya:

1. Mula-mula, rebus teh dengan 1 liter air.

2. Masukan pula semua rempah ratus.

3. Tunggu mendidih sekejap dan sejat sedikit. Guna api perlahan.

4.  Tuang susu ikut selera. Kemudian, tutup api.

5. Letak secubit garam dan kacau seketika.

6. Akhir sekali, tapis dan siap untuk dihidang.


Wah! Rupanya teh yang digunakan oleh Rokiah Carangkulina ni adalah teh yang di import dari India. Di masak pula dengan rempah-rempah seperti kayu manis, pelagah dan cengki. Elok juga untuk kesihatan rempah-rempah ni kan. Siap letak garam lagi. Mesti korang terkejut!

Tengok warna teh pun dah rasa nak cuba. Bila guna rempah, teh jadi wangi. Sedap pula tu. Lain dari yang lain cara penyediaan teh ni kan. Bolehlah bagi kat kesayangan korang minum nanti. Buat 1 teko terus, takut tak cukup nanti. 

Selamat mencuba!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago