staff kurang ajar

Semalam, tular satu rakaman berdurasi 1 minit 44 saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok, ezzuchang memaparkan keadaan sebuah kedai makan yang dikatakan tidak menjaga kebersihan makanan yang dijual.

Menerusi video yang dikongsikan, lelaki itu berkongsikan pengalamanna semasa membeli makanan di kedai tersebut.

Difahamkan, dia telah menegur pekerja itu kerana ingin memberitahu terdapat beberapa ekor lalat pada makanan yang dijual.

Hempas mangkuk depan pelanggan

Namun selepas teguran diberikan, pekerja itu telah memberikan respon yang agak biadap malah turut menghempaskan mangkuk di hadapannya.

Tindakan pekerja itu seolah-olah tidak mahu menerima teguran sekaligus menimbulkan kemarahan lelaki itu yang hanya mahu menegur.

Kejadian itu difahamkan berlaku di sebuah medan selera yang terletak di dalam pusat membeli belah di Nilai.

Video penuh:

Lelaki itu juga turut berkongsikan gambar makanan yang sempat dirakam olehnya. Kelihatan beberapa ekor lalat yang hinggap pada bebola yang dijual.

Dalam masa yang sama, dia turut meminta majikan kedai itu menegur sikap biadap pekerjanya ketika berurusan dengan pelanggan.

Menerjah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta lelaki itu untuk melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Isu kebersihan bukan perkara main-main kerana ia boleh membahayakan kesihatan pelanggan yang makan disitu.

“Saya dah kena..”

“Pekerja dia sentiasa buat muka..”

“Boleh kena tindakan..”

“Layanan dia macam kita minta makan free..”

Sumber: TikTok @ezzuchang

Baca juga: ‘RM5 Siap Ada Daging Kot’- Peniaga Nasi Lemak Kecewa Pelanggan Merungut Harga Mahal

Baca juga: Mat Salleh Ini ‘Claim’ KFC Malaysia Paling Sedap Lepas Cuba Semua Francais Seluruh Dunia, Pergh!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN