Categories: Informasi

Kenapa Banyak Tawaran Diskaun Pada Hari Rabu Eh?



Perasan tak, apabila tiba hari rabu sahaja pasti banyak kedai yang buat tawaran diskaun.
Sebagai contoh seperti llaollao 22% Off Wednesday, 7 Eleven Crazy Wednesday Promotion, TGV Cinemas Members Wednesday dan bermacam lagi.

Bagi mereka yang gilakan penjimatan, rabu akan menjadi hari penting untuk berbelanja bagai tiada lagi hari esok.

Persoalannya sekarang kenapa banyak diskaun ditawarkan pada hari rabu?

Baca juga: Hari Jadi Dah Nak Dekat? Ini 12 Kedai yang Korang Boleh ‘Claim’ Makanan Percuma

Ini kerana rabu merupakan hari bekerja dan bagi diskaun pun tidak akan mampu tarik ramai pelanggan.

Seharusnya diskaun perlu diberi pada hari minggu, barulah berduyun-duyun pelanggan akan beli lantas terus menjana keuntungan.

Contoh Iklan Tawaran Diskaun.

Sebenarnya, diskaun yang ditawarkan oleh banyak kedai pada hari rabu adalah bersempena dengan hump day. Istilah ini telah wujud sejak era 1950-an di Amerika Utara dan mula popular apabila JJ Cole telah menggunakan istilah tersebut di dalam lagunya.

Bermula dari situ hump day terus wujud sebagai hari pertengahan bagi mereka yang bekerja selama 5 hari bermula daripada isnin hingga jumaat.

Apa kaitan antara hari pertengahan dengan diskaun pula? Cerita begini sebagai pekerja, isnin dan selasa merupakan hari yang sangat hectic. Manakala khamis dan jumaat pula adalah hari yang menuju hujung minggu.


Jadi rabu boleh dikatakan sebagai hari penghubung kepada mood bekerja dan mood bercuti. Bermakna apabila masuk sahaja hari rabu, tekanan bekerja akan berkurangan sedikit kerana kita akan menuju hujung minggu yang lebih tenang.

Kalau masih lagi tak faham lagi, anggap sahaja 5 hari dalam seminggu itu adalah sebuah bukti. Dua hari pertama iaitu isnin dan selasa adalah masa untuk mendaki.

Nak mendaki memang susah kerana memerlukan begitu banyak tenaga dan masa dirasakan bergerak sangat perlahan. Sama seperti bekerja pada hari isnin dan selasa.

Apabila tiba di puncak, kita akan berehat seketika untuk recharge balik tenaga nak menikmati pemandangan indah. Sama seperti hari rabu yang dijadikan sebagai hump day.

Setelah puas berada di puncak tiba masanya untuk kita turun. Kebiasaanya pendakian turun akan lebih tenang dan tidak memerlukan banyak tenaga.

Sama seperti mood bekerja pada hari khamis dan jumaat akan berubah kerana semakin menghampiri hujung minggu. Jadi senang cerita, hari rabu merupakan tempoh bertenang antara selasa dan khamis.


Jadi, syarikat perniagaan menyedari tingkah laku kita mampu memberikan keuntungan kepada mereka. Tambah pula ramai daripada kita menjadikan aktiviti berbelanja untuk meredakan tekanan ketika bekerja.

Bermula dari situ, ada bisnes yang menyedari rabu merupakan hari terbaik untuk memberikan diskaun. Buktinya adalah boleh lihat sendiri di llaollao, diskaun sebanyak 22% pada hari rabu membuatkan pelanggan datang berlipat kali ganda.

Situasi ini telah membuatkan banyak entiti perniagaan mula mengikut trend sehingga rabu menjadi hari terbaik untuk berbelanja. Bagi mereka yang berjimat cermat (baca kedekut), inilah masanya untuk anda mendapatkan barang yang mahal dengan harga promosi.

Bagi kedai, ini merupakan serampang dua mata kerana mereka akan memperoleh lebih banyak keuntungan iaitu pada rabu dan hujung minggu.

Jadi selepas ini jangan pelik kenapa banyak kedai bagi promosi pada hari rabu. Itu hanya kerana mereka memanipulasi minda bawah sedar pelanggan. Senang cerita, kedai dah lama rancang, anda sahaja yang lalai.


Kredit: The Patriots

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Ayam Gunting Dengan Isi Tebal & Salutan Rangup Ikut Selera, Buat Sendiri Lagi Puas!

Resipi ayam gunting rangup ini sesuai untuk anda yang sering geram apabila salutan tepung terlalu…

7 hours ago

Ini Cara Buat Mi Kuah Daging Yang Menggiurkan, Hasilnya Sedap Sampai Licin Semangkuk!

Kalau sedang mencari idea menu yang berkuah dan mengenyangkan, mi kuah daging ini boleh dicuba.…

7 hours ago

Resipi Nasi Dagang Yang Lembut Berderai, Lengkap Dengan Gulai Ikan & Acar Timun

Kalau teringin nasi dagang Terengganu yang lengkap, hidangan ini boleh dibuat sendiri di rumah. Nasi…

14 hours ago

“Sehari Rajin, Sebulan Malas” – Wanita Ini Kongsi Rahsia Masak 2-3 Kali Sehari Walaupun Bekerja

Bagi wanita yang bekerja, nak masak setiap hari memang boleh jadi satu cabaran, lebih-lebih lagi…

14 hours ago

Tak Perlu Rempah Korea, Resepi Sundubu Jjigae Ini Guna Bahan Yang Ada Di Rumah Sahaja!

Resepi sundubu jjigae ini sesuai untuk dicuba di rumah dengan menggunakan bahan yang mudah ditemui…

14 hours ago

Rahsia Kek Pisang Marble Lembut, Gebu & Moist, Cantik Coraknya Bila Dipotong!

Kek pisang marble ini sesuai dibuat kalau ada pisang yang sudah masak di rumah. Teksturnya…

14 hours ago