Categories: Resipi

Talam Tokyo Tanpa Pulut, Manis Ringan Setelah Ganti Dengan Bahan ‘Ini’

Nama kuih Talam Tokyo kedengaran seperti kuih Jepun tapi sebenarnya bukan, ia merupakan kuih tradisional yang popular di Johor.

Berbeza daripada segi lapisan bawah, kuih Talam biasanya menggunakan pulut sepenuhnya, namun kuih Talam Tokyo menggabungkan sagu, suun dan kelapa parut.

Resipi kuih Talam Tokyo yang dikongsikan oleh Kak Sue SarangHae II di Facebook ini cukup menarik. Jom cuba!

Baca juga: Talam Cendol Lemak Cukup Rasa, Hasil Terbentuk Cantik Selepas Kukus

RESIPI TALAM TOKYO

Bahan-bahan bahagian bawah:

  • 300 gram biji sagu (rendam dengan pewarna merah atau sirap ros dalam 15 minit dan toskan)
  • 100 gram suun (rendam dgn air suam)
  • 120 gram kelapa putih
  • 300ml santan cair
  • 2 sk garam
  • 2 sudu makan gula

Bahan-bahan bahagian atas:

  • 160gram tepung gandum
  • 250 gram gula
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 350ml santan pekat
  • 300ml air pati pandan (kisar 5 hingga 7 helai daun pandan)
  • 2 biji telur gred A
  • Sedikit garam
  • Pewarna hijau

Cara-cara:

1. Mula-mula, alaskan loyang saiz 10×10 dengan plastik.

2. Satukan semua bahan bahagian bawah terlebih dahulu dan sebatikan, kemudian terus curah dalam loyang dan kukus dalam 15 hingga 20 minit.

3. Sementara itu, kisar semua bahan bahagian atas pula sehingga sebati dan halus (saya tak masak untuk naik wap pun).

4. Selepas itu, terus curah dalam loyang dan kukus dalam 25 hingga 30 minit. Kemudian pada 5 minit terakhir, kukus dengan penutup periuk yang dibuka untuk keringkan air di permukaan.

5. Akhir sekali, tunggu sehingga betul-betul sejuk, barulah boleh potong. Siap untuk dinikmati!

Kuih Talam Tokyo ini mempunyai padanan serasi sagu dan suhun yang ringan serta manis, memang tak cukup kalau makan sepotong.

Jika anda mempunyai kenalan yang alah atau tak suka makan pulut, boleh cadangkan kuih Talam Tokyo ini untuk mereka.

Selamat mencuba!

Sumber: Kak Sue SarangHae II

Baca juga: Resepi Kuih Limas, Macam Tepung Pelita Tapi Beza Satu Bahan Saja

Aimi

Recent Posts

Resipi Cheesekut Anti Gagal, ‘Dessert’ Paling Senang Dalam Dunia!

Entri pagi ini kami ingin kongsikan satu juadah pencuci mulut yang sangat enak dan mudah…

34 mins ago

Cara Simpan Kangkung Supaya Tak Cepat Layu, Dah Seminggu Pun Tetap Hijau!

Walaupun kangkung sering digunakan di dapur untuk buat masakan kampung, namun tak ramai yang tahu…

1 hour ago

Resepi Ayam Sambal Bali, Buat Lauk Ini ‘Confirm’ Suami Dah Tak Makan Luar

Setiap kali memikirkan hidangan yang lazat untuk orang tersayang, terus tercetus idea untuk cuba resepi…

1 hour ago

Resepi Puding Roti Simple Dengan 5 Bahan, Anak Mesti Tak Berani Tolak Punya!

Mak-mak yang suka buat menu ringkas untuk sarapan atau minum petang di rumah, boleh cuba…

1 hour ago

Ayam Masak Kicap Lada Hitam, Belum Siap Masak Dah Tak Sabar Nak Makan!

Jika perut anda teringin sesuatu yang pedas, berempah namun ada rasa manis, ikutlah resipi ayam…

20 hours ago

Cara Buat Asam Laksa Sedap Terangkat, Isi Ikan Seketul-Seketul Macam Ni Baru Puas!

Selain laksa Johor, laksam, atau laksa utara, resepi asam laksa ini tidak kurang hebatnya dan…

21 hours ago