Kuih talam keladi berlauk udang ini tergolong dalam kuih talam jenis ‘savoury’ yang sedikit tawar. Justeru, ia amat lazat jika dihidangkan bersama dua jenis sos istimewa yang disediakan dalam resipi ini.
Selain itu, resipi ini menghasilkan jumlah yang cukup banyak, sesuai untuk hidangan keluarga atau majlis kecil. Resipi asal ini menggunakan loyang bersaiz 10x10x2 inci, menghasilkan sekitar 60 hingga 64 biji dalam acuan lompang kecil.
Jika anda ingin membuat dalam kuantiti yang lebih kecil, separuh daripada resipi ini boleh digunakan bersama loyang 7x7x2 inci, yang menghasilkan sekitar 30 hingga 32 biji acuan lompang kecil.
Nak tahu bagaimana rasanya? Jom ikut resipi yang cukup menarik dari tak lain tak bukan, Cik Puan Noor Ashikin Saerah yang dikongsikan menerusi laman sosial Facebook milik beliau.
Baca lagi: Cara Buat Kerepek Peria Yang Rangup, Syok Makan Sebab Tak Pahit Langsung!
Inti/Lauk Udang
Adunan Tepung
Sos Cili
Sos Kicap Taucu
Cara Penyediaan:
Inti/Lauk Udang
1. Panaskan sedikit minyak masak, kemudian tumis udang kering dan udang segar hingga udang berubah warna kemerahan. Jika ada air berlebihan, tapis dan buang.
2.Campurkan udang yang telah digoreng bersama cili merah, daun sup, daun bawang, dan bawang goreng. Ketepikan.
Adunan Tepung
1. Kukus atau rebus keladi yang telah dipotong kecil sehingga empuk, kemudian ketepikan.
2. Panaskan santan hingga suam (tidak perlu mendidih).
3. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, garam, dan santan suam. Kacau hingga sebati menggunakan pemukul telur atau ‘whisk’. Tapis adunan jika terdapat ketulan yang tidak larut.
4. Masukkan keladi yang telah dikukus bersama inti/lauk udang ke dalam adunan tepung. Kacau rata.
5. Sapu sedikit minyak pada acuan lompang, kemudian isikan adunan kuih ke dalam acuan sebanyak 3-4 sudu besar setiap satu.
6. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
7. Setelah masak, biarkan kuih sejuk selama 1½-2 jam sebelum dikeluarkan dari acuan. Taburkan daun sup, daun bawang, dan bawang goreng di atas kuih sebelum disajikan bersama sos.
Penyediaan Sos Cili
1. Kisar cili merah, cili padi, dan air hingga halus.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama gula perang, garam, dan jus limau nipis. Masak hingga mendidih dan bau cili hilang.
3. Tambahkan bancuhan tepung jagung, kacau hingga sos pekat dan mendidih sekali lagi. Tapis sos dan sejukkan.
Penyediaan Sos Kicap Taucu
1. Kisar taucu dengan air hingga halus.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama gula perang, kicap masin, dan kicap manis. Masak hingga mendidih.
3. Tambahkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga sos pekat. Tapis sos dan sejukkan.
Selamat mencuba!
Sumber: Noor Ashikin Saerah
Baca lagi: Resipi Kuah Kacang Cicah Cucur Udang, Cara Sangat Ringkas & Senang!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…