Tak dinafikan, mempunyai jiran yang baik juga merupakan salah satu rezeki yang perlu dihargai dalam hidup ini.
Terutamanya jika tinggal di kawasan perumahan yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa, sikap toleransi dan bertimbang rasa sangat susah untuk ditemui sekarang namun lain pula kisah yang dikongsikan wanita ini.
Baru-baru ini, tular sebuah video di Tik Tok memaparkan seorang wanita yang mendapat makanan dari jirannya yang berbangsa Cina ini.
Baca Juga: Bila Anak Nak Makanan Luar Je, Ibu Gigih Masak & Bungkus Sama Macam Kedai
Perkongsiannya ini turut membuatkan ramai yang terharu melihat sikap prihatin yang ditunjukkan jirannya itu.
Menerusi video yang dikongsikan ini, wanita itu memberitahu jirannya itu ada membuat majlis bagi meraikan sambutan hari jadi anaknya.
Namun dia tidak menjemput wanita itu dan keluarganya kerana makanan yang dihidangkan kepada tetamu adalah tidak halal pada majlis tersebut.
Namun apa yang membuatkan wanita itu terharu ialah jirannya siap menempah makanan segera KFC untuk keluarga wanita itu semasa majlis berlangsung.
Malah jirannya juga telah memberitahu terlebih dahulu supaya wanita itu tidak memasak pada malam tersebut kerana dia telah menempah makanan itu untuknya.
Mungkin juga jirannya itu berasa bersalah kerana tidak dapat menjemput wanita itu hadir ke majlis yang dilakukannya itu. Oleh itu, dia menggantikannya dengan KFC yang dibeli untuk dinikmati oleh wanita itu sekeluarga.
Melihatkan sikap prihatin yang ditunjukkan ini, kebanyakan netizen turut sama berasa terharu dengan situasi yang dikongsikan ini.
Video yang dimuatnaik di Tik Tok itu juga kini menerima dua juta tontonan setakat ini dan menerima reaksi positif dari netizen.
Sumber: TikTok @eikinhanipah
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…