Categories: Informasi

Tak Boleh Simpan Daging Korban Lebih 3 Hari? Ini Penjelasan Agamawan

Apabila berakhirnya hari Tasyrik, ini bermakna tempoh untuk melakukan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha sudah pun tamat.

Kepada mereka yang bakal melakukan ibadah korban, pastinya agihan daging korban akan dibuat kepada golongan fakir miskin dan penduduk setempat, selain untuk diri sendiri.

Sudah tentu akan merasai keenakan daging korban tersebut yang boleh dijadikan hidangan buat seisi keluarga selama beberapa hari ini.

Walaupun sudah dimasak dan dimakan berkali-kali, namun pasti akan masih ada lagi baki daging korban yang disimpan di dalam peti ais. Keadaan itu sedikit sebanyak menggusarkan hati segelintir masyarakat kita.

Tak boleh simpan daging korban lebih 3 hari?

Ini kerana ada pihak menyatakan bahawa daging korban tidak boleh disimpan lebih daripada tiga hari.

Benarkah begitu? Sebenarnya, berapa lamakah tempoh yang dibolehkan untuk kita menyimpan daging korban berkenaan?

USTAZ SYED SHAHRIDZAN

MENJAWAB PERSOALAN TERSEBUT, PENDAKWAH DAN PENULIS, USTAZ SYED SHAHRIDZAN SYED MOHAMED BERKATA, MENYIMPAN DAGING KORBAN LEBIH TIGA HARI PERNAH DILARANG OLEH RASULULLAH SAW.

“Boleh/harus seseorang menyimpan sebahagian daripada daging korban. Rasulullah SAW pernah melarang menyimpan (daging korban) lebih dari tiga hari, kemudian baginda mengizinkannya.

“Menurut majoriti ulama, larangan ini bermakna haram, manakala menurut Abu Ali al-Tobari, kemungkinan larangan ini bermaksud makruh,” kata beliau dipetik menerusi laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

Menjelaskan sebab kepada larangan tersebut, Ustaz Syed Shahridzan sekali lagi mengemukakan pandangan Imam Nawawi tentang perkara itu.

Kata Imam Nawawi: “Larangan tersebut berjalan selama setahun kemudian dimansuhkan, atau larangan ini dikhususkan dengan sebab keadaan yang sempit pada tahun itu, tatkala luput keadaan itu maka tiada lagi pengharaman.” 

Jika keadaan sempit atau susah berlaku lagi pada zaman ini, adakah kita diharamkan kembali menyimpan daging korban lebih dari tiga hari?

Dalam kitab Raudah al-Tolibin, Imam Nawawi menjelaskan: “Jika berlaku situasi sebegitu pada zaman kita atau negeri kita, adakah dihukumkan dengannya (haram)? Pendapat yang tepat lagi diketahui, ia tidak diharamkan pada hari ini walau apa situasi sekali pun. 

Dalam kitab Raudah al-Tolibin, Imam Nawawi menjelaskan: “Jika berlaku situasi sebegitu pada zaman kita atau negeri kita, adakah dihukumkan dengannya (haram)? Pendapat yang tepat lagi diketahui, ia tidak diharamkan pada hari ini walau apa situasi sekali pun. 

“Jika seseorang ingin menyimpan, maka digalakkan menyimpan daging korban dari bahagian yang dimakan (sendiri dan keluarga), bukan bahagian sedekah dan hadiah,” jelas Imam Nawawi.

LARANGAN menyimpan daging korban telah dimansuhkan disebabkan perubahan situasi semasa sebagaimana diterangkan oleh Imam Nawawi.

MUDAH KATA, TIADA MASALAH ANDAINYA DAGING KORBAN YANG AKAN DIMAKAN OLEH DIRI SENDIRI DAN KELUARGA DISIMPAN SELAMA MANA PUN, TERANG USTAZ SYED SHAHRIDZAN.

“MENURUT MAZHAB SYAFIE, DIHARUSKAN MENYIMPAN DAGING KORBAN WALAUPUN MELEBIHI TIGA HARI ASALKAN DAGING ITU TIDAK ROSAK ATAU BUSUK SEHINGGA MENYEBABKAN PEMBAZIRAN.

“NAMUN, TIDAK DIGALAKKAN BAGI DAGING KORBAN YANG INGIN DISEDEKAHKAN ATAU DIHADIAHKAN (KEPADA ORANG LAIN) DISIMPAN DALAM TEMPOH YANG LAMA KERANA IA SUNAT DIAGIHKAN SECEPAT MUNGKIN,” JELAS BELIAU.

Justeru, usah risau andai daging korban kita belum habis lagi. Ia boleh disimpan selama mana pun, cuma pastikan tempat itu sesuai supaya tahan lebih lama.

Sumber: Facebook Ustaz Syed Shahridzan-Ben Agil

Wan N

Recent Posts

Bayam Merah VS Bayam Hijau, Dua-Dua Bagus Tapi Ini Perbezaan Khasiatnya Ramai Baru Tahu

Selama ini ramai lebih biasa dengan bayam hijau, tetapi bayam merah juga mempunyai khasiat yang…

1 day ago

Resipi Murtabak Crackers Berinti Daging & Keju, Potong-Potong Terus Nampak Cantik Berlapis!

Murtabak crackers boleh jadi pilihan menarik kalau nak cuba hidangan yang lain daripada biasa. Menggunakan…

1 day ago

Coffee + Strawberi? Resipi Air Strawberi Latte Ini Memang Sedap Luar Biasa!

Strawberi Latte ini memang wajib dicuba oleh peminat kopi dan strawberi! Gabungan rasa kopi yang…

1 day ago

Kenapa Roti Cepat Keras Walaupun Baru Buka? Ini Cara Simpan Yang Ramai Tak Tahu

Pernah beli sebungkus roti, baru beberapa hari buka tetapi teksturnya sudah mula keras dan tidak…

1 day ago

Resipi Mi Bandung Mudah Cara ‘Orang Lama’, Kuahnya Pekat Sampai Licin Mangkuk!

Resipi mee bandung ini sesuai sangat dibuat ketika cuaca hujan atau bila teringin hidangan mi…

1 day ago

Nak Rebus Kaki Ayam Cepat Lembut? Cuba Tip 20 Minit Ini, Tak Perlu Tunggu Lama!

Nak rebus kaki ayam tetapi tak mahu menunggu terlalu lama sehingga empuk? Rupanya ada cara…

1 day ago