Alamak susu pekat manis dah habis lah kat rumah! Nak beli malas lah pula nak sarung tudung. Hish! Tak payah beli, ini penulis nak kongsikan resipi buat sendiri di rumah. Mesti jimat perbelanjaan makan korang.
Macam yang kita tahu susu pekat manis adalah antara salah satu bahan pemanis yang banyak digunakan dalam masakan dan juga minuman harian.
Baca juga: Jenis-Jenis Susu Tepung Yang Baik Untuk Orang Dewasa, Setiap Jenama Berbeza Fungsinya
Baca juga: Banyak Sangat Jenis Susu Formula Bayi, Jangan Sampai Tersalah Pilih
Aneka kek, manisan, kopi susu, Teh Tarik, semua menggunakan pemanis ini. Setin harganya boleh tahan juga. Jadi apa kata kita buat sendiri.
Senang je sebenarnya nak buat sendiri susu pekat manis ni secara homemade. Rasa pun sama je dengan yang dibeli. Boleh jimat sikit duit pada zaman serba tinggi kos kan? Saudari Syazwani Bakhari ada kongsikan cara-caranya.
Lebih dari enam ribu perkongsian di laman Facebook, nampaknya resipi ini menarik perhatian netizen untuk mencubanya. Jom kita tengok cara buat di bawah.
Penyediaannya pun tak renyah kerana hanya guna empat bahan sahaja. Orang kata, kacang je lah!
Bahan-bahan:
Cara-cara membuatnya:
1. Untuk membuatnya, mudah sahaja. Mula-mula masukkan air panass, gula, marjerin dan susu tepung ke dalam bekas atau mesin pengisar.
2. Kisar semua bahan hingga jadi halus. Kaup balikkan supaya semua sebati.
3. Dah siap dan sedia untuk digunakan dalam pelbagai masakan dan minuman.
Tips tambahan: Jika susu pekat manis anda kurang manis, campurkan gula sedikit demi sedikit hingga mendapat kemanisan yang anda suka. Jika cair, masukkan lagi susu tepung. Ubah suai teksturnya mengikut selera masing-masing.
Memang mudah dan ringkas je kan? Tinggal kisarkan semua bahan sehingga ia menjadi likat dan pekat. Lepastu itu stok pun dapat banyak. boleh simpan terus dalam bekas atau balang kaca comel. Memang nampak autentik gitu.
Selamat mencuba semua!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…