Tauhu telur ini boleh diolah kepada pelbagai menu yang lazat. Salah satu yang boleh dicuba adalah resepi sup tauhu telur. Mudah dan lazat! Hidangan ini cukup ringkas, hanya memerlukan masa 5 minit untuk memasak.
Namun begitu, ada juga yang gagal setiap kali memasak kerana tauhu telur menjadi hancur apabila digoreng. Rupanya, ada petua yang untuk mengelakkannya berlaku. Mari kita ikuti perkongsian oleh Puan Umi Watie di bawah.
Baca juga: Resipi Sup Telur Puyuh Goreng, Pertama Kali Cuba Pasti Jatuh Cinta!
Bahan-bahan:
– 3 pek tauhu telur
– 1 pokok brokoli
– 1 biji bawang besar
– 2 ulas bawang putih
– 1 biji cili merah
– 2 sdb lada sulah
– 2 sdb sos tiram
– 1 sdb tepung jagung + 1 sdb air
Cara memasak:
1. Mula-mula potong tauhu telur, selepas itu bedakkan dia dengan tepung jagung untuk elakkan meletup dan hancur semasa digoreng.
2.Gorengkan sampai kekuningan. Bila dah garing, angkat dan ketepikan.
3. Baki minyak tadi kurangkan sikit, tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dihiris nipis.
4. Masukkan sos tiram.
5. Masukkan air sesuai dengan citarasa. Suka berkuah letak banyak sikit airnya.
6. Bila kuah mendidih, masukkan brokoli. Kalau nak letak sayur lain pun boleh tau.
7. Masukkan tauhu telur goreng tadi.
8. Masukkan serbuk lada sulah dan cili hiris.
9. Akhir sekali, masukkan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih terus tutup api.
10. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Umi Watie
Baca juga: Resipi Mihun Sup Yang Ringkas & Sedap, Sekejap Je Dah Siap Masak!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…