Di Kuala Lumpur sebenarnya ada sebuah kedai makan yang sudah lama beroperasi tau. Bukan 10 tahun tapi 36 tahun haa memang legend la.
Tapi buat anda yang tidak familiar dengan kedai makan legend ini, sebenarnya mereka menyajikan makanan masakan melayu seperti Sup, Kuetiaw Gearbox dan banyak lagi. Memang makanan di sini sedap dan ramai juga yang menggemari masakan di sini.
Nama restoran legend yang sudah beroperasi sejak 1986 ini adalah Restoran Sururi dan cukup famous dengan orang KL dan Selangor.
Sebuah akaun di Twitter @acaiijawe ada berkongsi pengalamanya makan di Restoran Sururi.
” Pekena sup legend kat KL. Restoran Sururi ni berniaga sejak 1986. Dah 36 tahun! ”
Tips untuk anda juga, kalau nak singgah makan kat sini, make sure korang datang awal tau. Takut makanan di sini dah habis pulak. Maklumlah, kedai ni memang laku kerasss.
” Terkenal dengan sup daging, tulang, gear box, kuetiew sup dll. Sup kambing hanya ada hari Khamis. Tapi pukul 11:00 dah habis. ”
” Rasa sup melayu. Bukan sup mamak. Nasi, air layan diri. Meja banyak ”
Kalau dah dikenali sebagai Restoran legend, mestilah keaslian rasa masakan di sini terjamin sedapnya! Sebab itu jugalah ramai orang suka makan di sini.
Ramai juga youtuber popular yang review makan di sini tau. Rata-rata mereka semua berpuas hati.
Jadi kalau anda yang ada plan nak jalan-jalan di KL, anda wajib try makan tengah hari di Restoran Sururi ni tau! Confirm berbaloi.
Sumber: @acaiijawe
Menyediakan bekal makanan untuk suami bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila isteri sendiri turut bekerja…
Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…
Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…
Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…
Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…
Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…