sup ekor

Keriangan Hari Raya Haji masih kian terasa sehingga sekarang. Jika berpeluang untuk dapat bahagian ekor lembu, anda boleh buat Sup Ekor yang sangat mudah tapi sedap.

Tak ramai yang tahu sebenarnya ekor lembu merupakan salah satu anggota badan dari bahagian lembu yang boleh dijadikan daging makanan tau.

Daging ekor lembu sangat kaya dengan gelatin dan biasanya dimasak secara rebus atau ditumis.

Secara tradisional, ekor lembu dimasak secara perlahan untuk menambah kesedapannya. Kini ramai yang menggunakan periuk tekanan untuk memasaknya.

Jom cuba resipi Sup Ekor yang dikongsikan oleh Iqlima Abu Bakar di Facebook ini. Walaupun tak banyak jalan kerja, tapi ia sungguh sedap dan menyelerakan.

Baca juga: Sup Tulang Merah, Resipi Campak-Campak Tapi Pedas Manis Cukup Rasa!

RESIPI SUP EKOR

sup ekor

Bahan-bahan:

  • Ekor lembu (dipotong)
  • 1 sup bunjut tulang
  • 1 biji bawang holland (mayang)
  • 5 ulas bawang putih (ketuk)
  • 2 biji bawang besar (mayang)
  • 2 batang serai (tak letak pun boleh)
  • 1 hingga 2 sudu sos ikan
  • Seinci halia
  • 1 batang saderi
  • 2 biji tomato
  • Cili padi
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

1. Rebus ekor lembu sehingga empuk dagingnya.

2. Tumis pula bawang merah besar, bawang putih, bawang holland, halia, serai dan sup bunjut sehingga naik baunya.

3. Apabila sudah naik bau, masukkan air rebusan tadi bersama isinya, kemudian masukkan sos ikan dan perasakan dengan garam dan gula.

4. Apabila mendidih, letakkan daun saderi, tomato dan cili padi. Tak perlu tunggu lama sebab ekor dah direbus empuk.

5. Akhir sekali, boleh perahkan jus limau nipis. Siap untuk dihidang!

sup ekor

Rasa kuah Sup Ekor hasil daripada rebusan ekor lembu bersama bahan tertentu, ia menghasilkan aroma dan rasa yang sungguh asli.

Sup Ekor sangat enak dimakan ketika panas dan ia ternyata baik untuk memberi tenaga. Dapat semangkuk, memang tak toleh kiri kanan.

Selamat mencuba!

Sumber: Iqlima Abu Bakar

Baca juga: Teknik Cuci Pinggan Mangkuk Lekat Lemak Sup, Guna Satu Bahan Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN