Resipi sup ayam lada hitam ini bukan saja boleh legakan batuk, demam dan selesema, malah boleh segarkan badan mereka yang berasa lesu.
Sup ini tidak menggunakan setitik minyak masak sama sekali. Jadi, ia boleh dikatakan sup sihat dan sesuai untuk mereka yang berdiet.
Cara memasaknya juga cukup mudah. Hanya perlu satukan semua bahan iaitu bawang putih, bawang merah, halia, serai dan beberapa bahan lain sehingga ayam masak.
Apabila ayam sudah masak, sup lada hitam sedia untuk dihidangkan. Sangat sedap kalau hirup kuah sup sewaktu masih panas.
Jika ada yang mahu mencuba, mari ikuti resipi lengkap perkongsian oleh Puan Nana Sabrina Sarsan di bawah. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Minum Air Lemon Cengkih Ini Untuk Legakan Batuk & Selesema, Auto Puas Bernafas!
SUP AYAM LADA HITAM
Bahan-bahan:
- Bawang putih
- Bawang merah
- Halia
- Serai
- Lada hitam
- Garam
- Gula
Cara memasak:
1. Tumbuk kasar semua bahan-bahan. Kemudian satukan dengan ayam di dalam periuk.
2. Seterusnya didihkan semua bahan sehingga ayam masak menggunakan api perlahan.
3. Jika suka ada rasa masam, boleh tambahkan sedikit asam keping saiz yang paling kecil.
4. Apabila ayam sudah masak, sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Info: Gunakan lada hitam yang ditumbuk kasar, jangan guna lada hitam serbuk nanti rasanya berbeza pula.
Kredit resipi dan gambar: Nana Sabrina Sarsan
Baca juga: Resipi Sup Kaki Ayam, Cara Masak Paling Mudah Tanpa Perlu Tumis