Categories: Resipi

Spicy Beef Fettucine Guna Resipi Dapur Tiyah, Memang Menyelerakan!

Mari cuba buat Spicy Beef Fettucine untuk menu bersahur nanti. Resipi yang dikongsikan oleh Dapur Tiyah ini nampak menyelerakan betul!

Bosan juga kalau asyik makan makanan melayu untuk sahur ini.  Sekali-sekala tekak ini nak juga makan makanan barat, bukan selalu ubah selera.

Baca juga: Macaroni Daging Keju Cara MUDAH, Sukatan Guna 1 Bungkus Pasta

Mesti ramai yang tak pernah cuba masak pasta jenis fettuccine ini disebabkan saiznya yang lebar berbanding dengan pasta spagetti. Tapi, anda perlu cuba masak fettuccine ini. Memang ketagih nak makan lagi dan lagi. Ikuti resepi penuh di bawah. 

RESIPI SPICY BEEF FETTUCINE STYLE DAPURTIYAH

Bahan-bahan:

  • Canned mushroom – hiris
  • Tomato – potong dadu
  • Brokoli – potong kecil
  • 1 pek sweet basil
  • 300gram daging kisar
  • Fettucine – siap rebus dan tos kering
  • 1 cawan air rebusan pasta
  • Italian herbs
  • Chilli flakes
  • Garam secukupnya

Cara-cara penyediaan:

1. Mula-mula, tumis dahulu daging kisar sehingga sedikit masak.

2. Kemudian masukkan tomato yang sudah dipotong dadu. Gaul sebati dengan daging tadi.

3. Masukkan pula 1 sudu italian herbs, chilli flakes, dan garam secukupnya.

4. Masukkan cendawan dalam tin yang sudah dihiris tadi, brokoli serta sweet basil. Kacau hingga sayur sedikit layu

5. Akhir sekali, baru masukkan pasta Fettucine yang sudah siap direbus. Masukkan juga sedikit air rebusan pasta supaya basah-basah sedikit.

6. Tutup api dan sedia untuk dinikmati.

Video penuh:

@dapurtiyah

Spicy beef fetuccine using @herbaratus for sahur #pasta #fyp

♬ Ramadan – Lux-Inspira

Selamat mencuba!

Sumber: TikTok @dapurtiyah

Baca juga: Cara Buat Pasta Goreng Keju SEDAP, Anak-Anak Mesti Laju Je Makan

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Piala Emas Untuk Nasi Ulam Bunga Telang, Tukang Masak Malaysia Harumkan Nama Negara di Jepun

Baru-baru ini, Malaysia mendapat khabar gembira tentang kemenangan seorang tukang masak iaitu Chef Safura Tawil…

1 hour ago

Resepi Perap Ayam Bakar Pelbagai Guna, Boleh Buat Banyak Jenis Hidangan

Tak susah sebenarnya nak sediakan hidangan lauk yang mudah tanpa perlu menggoreng atas kuali. Guna…

2 hours ago

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

3 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

3 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

3 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago