Peminat spaghetti pasti pernah memesan Spaghetti Aglio Olio ketika makan di restoran Western bersama keluarga.
Tak ramai yang tahu bahawa spaghetti berasal dari bahasa Itali yang mana aglio bermaksud bawang putih, manakala olio bermaksud minyak.
Hidangan ini selalunya ditulis sebagai aglio e olio, tapi untuk memendekkan tulisan dan sebutan, ramai yang memanggilnya sebagai Spaghetti Aglio Olio.
Jika anda sukakan hidangan spaghetti ini tapi sering hadapi masalah terhangit selepas membuatnya, boleh cuba resipi daripada Nafsiah Rahim di Facebook ini.
Baca juga: Resepi Cheezy Wedges Yang Sedap, Lebih Jimat Dan Puas Hati Makan!
RESIPI SPAGHETTI AGLIO OLIO
Bahan-bahan:
- 1 paket spaghetti
- 10 hingga 15 ekor udang
- 5 hingga 6 ekor sotong
- 2 batang sosej
- 4 ulas bawang putih
- 1 sudu besar chili flakes
- 1 sudu besar lada hitam
- 3 sudu besar serbuk oregano
- 5 biji cili kering
- 1 kiub ayam
- 2 keping cheese
- Tomato
- Lada benggala
Cara-cara:
1. Mula-mula, rebuskan spaghetti bersama 1 sudu minyak masak. Rebus selama 7 hingga 8 minit dan tapiskan. Simpan sikit tau air rebusan itu untuk digunakan kemudian.
2. Dalam kuali yang lain, masukkan olive oil (saya guna minyak masak biasa) dan tumis bawang putih yang telah dihiris. Agak-agak dah naik bau, baru letak cili kering yang telah dipotong. Saya letak lambat sikit sebab takut hangit.
3. Kemudian, masukkan udang, sotong dan sosej. Masak selama 1 minit. Selepas itu, masukkan pula sedikit air rebusan spaghetti tadi.
4. Seterusnya, masukkan 1 sudu serbuk chili flakes, 1 sudu serbuk lada hitam, 2 sudu serbuk oregano, 2 keping cheese dan 1 kiub ayam. Masak seketika.
5. Akhir sekali, bolehlah masukkan spaghetti, tomato ceri dan lada benggala. Gaul sehingga rata. Siap untuk dihidang!
Buat anda yang sukakan pedas, boleh letak lebih chili flakes dan lada hitam ke dalam resipi Spaghetti Aglio Olio ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Nafsiah Rahim
Baca juga: Roti Garlic Dan Sup Cendawan Paling Ringkas, Sesuai Untuk Sarapan