Categories: Resipi

Sotong Sumbat Sambal Telur Disirami Sos Thai, Kecur Air Liur Dibuatnya

Mari cuba buat resipi Sotong Sumbat Sambal Telur. Bila disirami dengan sos ala Thai, nampak menyelerakan betul juadah ini. 

Resipi ini dikongsi oleh Norhidayah Mohd Aripin di Facebook. Tak susah rupanya nak buat hidangan ini. Bahan-bahan hanya perlu dicampak saja, gunakan apa yang ada di dapur. 

Baca juga: Sotong Masak Phat Phet Cara SIMPLE, Tak Pandang Dah Lauk Lain!

Untuk membuat hidangan ala masakan Thai ini, harus menggunakan sotong yang segar. Barulah puas nak makan nanti. Memang nikmat makan dengan nasi putih panas, pasti membuat selera bertambah. 


RESIPI SOTONG SUMBAT SAMBAL TELUR DISIRAMI SOS THAI

Bahan-bahan sotong sumbat:

  • Sotong
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Cili kering kisar
  • Sos ikan
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Gula merah
  • Air
  • Sayur campur
  • 2-3 biji telur

Cara penyediaan sotong sumbat:

  1. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili kering kisar.
  2. Masukkan sos ikan, sos cili, sos tomato dan gula merah.
  3. Tambah sedikit air supaya tak terlalu pekat dan masukkan sayur campur.
  4. Masukkan 2 hingga 3 biji telur dan kacau telur sedikit hancur.
  5. Perasakan dan bila nampak kering boleh tutup api dan sejukkan.
  6. Bila sambal telur sudah sejuk, sumbatlah telur ke dalam sotong.
  7. Panaskan pan dan bakar. Masa bakar tu, sila tutup dengan penutup periuk supaya masak ranum sekata.
  8. Kelar sikit bahagian badan sotong.
  9. Api sederhana kuat, bakar sekejap sahaja. Sila kekal pada jarak dan kedudukan yang sama makanya tak perlu balikkan.

Bahan-bahan sos:

  • Segenggam beras (disangai dan ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 – 6 biji cili api hijau
  • 1 cili merah besar
  • 2 biji limau nipis *
  • Air asam jawa *
  • 2 sudu besar gula Thai/ gula Melaka *
  • 1 sudu kecil gula perang *
  • 2 sudu besar sos ikan *
  • 2 sudu besar sos tiram *
  • 2 sudu besar sos cili *
  • Garam *
  • Daun ketumbar
  • Bawang holland (dihiris nipis)

Cara penyediaan sos thai:

  1. Bawang putih ditumbuk bersama cili api dan cili merah.
  2. Masukkan beras sangai dan tumbuk sebati.
  3. Tambah bahan bertanda dan gaul sebati.
  4. Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan bawang holland dan kacau lagi.
  5. Rasa terlebih dahulu, jika tak cukup rasa tambah apa yang perlu dan sedia dihidang.
  6. Yang ni versi kosong. Sambal telur dimaniskan sikit. Jadi, anda sumbat sambalnya sampai habis.


Selamat mencuba.

Sumber: Norhidayah Mohd Aripin

Baca juga: Sotong Masak Kicap Pedas, Resipi SIMPLE Menjilat Jari Dibuatnya

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Peminat Gyoza Wajib Cuba! Ini Resipi Homemade Guna 500g Ayam, Sekali Buat Dapat 90 Biji

Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…

37 mins ago

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api, Lauk Jimat Dengan Kuah Pekat Berlemak Pedas!

Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…

55 mins ago

Resipi Ayam Goreng Tomyam Kering, Tak Berkuah Tapi Rasa Tomyam Tetap Menyerlah!

Ayam goreng tomyam kering ini sesuai untuk peminat lauk pedas yang mahukan kelainan daripada ayam…

2 hours ago

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

3 days ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

3 days ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

3 days ago