Suka makan sotong ring celup tepung? Jom buat sendiri baru lagi puas hati. Kalau malas nak siang sotong, boleh beli sotong ring frozen je.
Kalau makan dekat kedai, harga dia boleh tahan jugak. Paling terkini, 6 keping sotong ring berharga rm6!
Fa Phong ada berkongsian resipi sotong celup tepung yang mudah, rangup dan sedap! Jadi ketagih dibuatnya, memang puas hati makan.
1. Satukan 6 sudu tepung bestari bersama air. Gaul rata dan masukkan sotong. Kemudian ratakan dan perap selama 10 minit.
2. Sediakan bekas lain, untuk tepung kering, letakkan 6 sudu tepung bestari dan 4 sudu tepung beras.
3. Bila dah 10 minit perap, pecahkan sebiji telur ke dalam perapan sotong.
4. Ambil sotong dan letakkan dalam bekas tepung kering. Goncang bekas sehingga rata. (tutup bekas dengan penutup)
4. Goreng sehingga masak keperangan.
5. Sedia untuk dicicah dengan sos garlic. Selamat mencuba!
Kredit: Fa Phong
Tepung muruku memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur dan rasa snek tradisional India ini. Walaupun…
Telur ayam antara bahan yang hampir selalu ada di dapur kerana mudah dimasak dan boleh…
Resipi chicken chop ini sesuai dijadikan pilihan untuk makan tengah hari atau makan malam. Ayam…
Baru beli pisang atau buah-buahan, tetapi tak lama kemudian dapur mula dipenuhi lalat kecil? Memang…
Kalau teringin makan hidangan berkuah yang panas dan menyelerakan, resipi kuey teow theng ini memang…
Puding caramel resepi ini sesuai untuk sesiapa yang nak menyediakan pencuci mulut di rumah dengan…