Teringin beli makanan di pasar malam tapi cuaca tak mengizinkan pula, inilah masanya untuk cuba buat Sosej Gunting yang sedap di rumah.
Selain ayam gunting yang mempunyai peminatnya tersendiri, Sosej Gunting juga tak kurang hebatnya. Bukan saja orang dewasa, malah kanak-kanak juga sukakannya.
Sosej Gunting boleh dikatakan antara snek yang wajib dibeli setiap kali ke pasar malam. Lebih-lebih jika dapat makan panas-panas, memang nikmat.
Seorang lelaki yang mesra dipanggil Iman telah kongsikan resipi Sosej Gunting melalui channel Youtube miliknya yang mudah dibuat di rumah. Jom kita cuba!
Baca juga: Roti Sosej Kukus Guna 5 Bahan, Tak Goreng Pun Tetap Lembut Dan Gebu
RESIPI SOSEJ GUNTING
Bahan-bahan:
- Sosej
- 2 biji telur
- 1 sudu garlic powder
- 1 sudu kecil serbuk cili
- Blackpepper
- Garam
- 1 cawan tepung ubi kayu
- Minyak masak
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, pecahkan dua biji telur, ambil satu sudu garlic powder, satu sudu kecil serbuk cili, blackpepper dan garam, kemudian kacau-kacau.
2. Ambil sosej dan cucuk sekelilingnya dengan garfu (langkah ini tak nak buat pun tak apa), kemudian perap dalam adunan tadi lebih kurang sejam.
3. Sambil tunggu perap, sediakan satu cawan tepung ubi kayu, ambil garfu dan celup dalam air panas, kemudian renjis-renjiskan atas tepung. Ini cara nak bagi tepung itu ada biji halus-halus.
4. Seterusnya, ambil sosej dan bedakkan dalam tepung. Jika suka tebal, celup dalam empat kali. Sesetengah orang suka nipis, jadi celup dua kali pun okay.
5. Selepas itu, boleh goreng dalam minyak yang panas. Tak payah goreng lama pun, agak-agak dah bertukar warna saja sudah boleh diangkat dan toskan.
6. Akhir sekali, tabur serbuk cili di atasnya dan boleh gunting. Siap untuk dinikmati!
Sosej Gunting ini sesuai dijadikan sebagai hidangan minum petang dan snek ini juga boleh dinikmati dengan sos pencicah mengikut citarasa masing-masing.
Selamat mencuba!
Sumber: ImanMulaMemasak
Baca juga: Resepi Corndog Dengan Keju Meleleh, Sedap Makan Panas-Panas!