Categories: Resipi

Cara Buat Sosej Bites Terlajak Mudah, Boleh Berebut Makan Dengan Anak!

Sosej bites ini merupakan hidangan ringan yang sangat sesuai untuk dijadikan kudapan. Cara nak buat sangat senang dan rasanya juga sedap!

Dengan gabungan keju leleh, sosej berperisa, dan sapuan garlic butter herb, ia pasti memikat selera sesiapa sahaja terutama sekali anak kecil.

Berikut adalah resipi lengkap untuk menyediakan sosej bites yang dikongsikan oleh Cik Puan Dinas Elni.

Baca lagi: Cara Buat Roti Puri Yang Sedap, Kembang & Lembut, Tak Sangka Semudah Ini!

RESIPI SOSEJ BITES

Bahan-Bahan Utama:

  • Herb Garlic Butter Spread (boleh guna yang dibeli atau buatan sendiri)
  • 1 ketul butter suhu bilik
  • 1-2 sudu besar bawang putih cincang (minced garlic)
  • Oregano atau mixed herbs (optional)
  • Mayonis
  • Chili flakes & serbuk lada hitam
  • Daun sup (atau parsley kering)
  • Keju (Cheddar, Parmesan, Mozzarella, atau pizza topping)

Bahan-Bahan Tambahan:

  • Roti putih
  • Sosej
  • Telur (untuk sapuan di hujung roti)

Cara-Cara Penyediaan:

1. Ambil seketul butter pada suhu bilik dan campurkan dengan 1-2 sudu besar bawang putih cincang serta oregano atau mixed herbs.

2. Gaul rata sehingga sebati. Simpan dalam peti sejuk dan gunakan bila-bila masa diperlukan.

3. Gelek roti dengan penggelek atau tangan hingga menjadi leper.

4. Letakkan sosej di atas roti dan gulung sehingga kemas. Sapukan telur di hujung roti untuk menutup gulungan.

5. Potong gulungan roti dan sosej tadi kepada 4 bahagian kecil.

6. Susun di atas dulang bakar atau dulang air fryer.

7. Sapukan campuran garlic butter herb yang telah disediakan tadi ke atas dan keliling Sausage Bites.

8. Taburkan chili flakes dan serbuk lada hitam untuk rasa pedas sedikit.

9. Parut dan taburkan keju cheddar, parmesan, dan mozzarella di atas Sausage Bites.

10. Bakar dalam air fryer pada suhu 180°C selama 6-8 minit atau sehingga keju meleleh dan bahagian atas bites menjadi keperangan.

Tip Tambahan:

  • Jika ingin menambah lagi rasa herba, boleh tambahkan lebih banyak oregano atau mixed herbs ke dalam campuran garlic butter.
  • Telur dalam resipi asal boleh diabaikan jika tidak diperlukan.

Sumber: Dinas Elni

Baca lagi: Resipi Lengkap Nasi Khomok Ayam Goreng Viral Seperti Di Hatyai, Cuba Buat Pasti Jadi!

Aisha Qistina

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

3 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

3 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago