Anak-anak korang suka makan sosej? Baik buat sendiri sosej homemade. Lebih bersih dan sihat untuk anak-anak makan. Siap boleh campur sayur lagi. Korang follow je resepi sosej ayam tambah sayur ni kat sini. Nak guna apa-apa jenis sayur pun boleh.
Bab makan ni memang jadi masalah kat anak-anak. Frozen food lah yang diaorang suka makan. Tapi kali ni, saya syorkan korang buat sosej sendiri kat rumah. Boleh ajar anak-anak makan sayur sekali. Korang campur je sayur tu dalam adunan sosej nanti. Sedap tau!
Sebenarnya buat sosej ni tak susah pun. Korang cuma perlu kisar je ayam, sayur dan bahan-bahan lain sehingga hancur. Kemudian, masukkan dalam plastik ais krim dan rebus sekejap sebelum di Frozenkan. Boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam peti. Bila-bila nak makan boleh ambil je.
Baca juga: Ini ‘Tricks’ Tak Nak Bagi Sosej Kecut & Berkedut Masa Menggoreng
Sosej ni juga sama dengan sosej yang korang biasa beli kat luar. Sedap dimakan dengan sos dan mayonis. Cara masak sosej yang difrozenkan pun sama dengan sosej lain. Boleh goreng, rebus atau masak dalam air fryer. Nak lagi mudah korang masak je guna air fryer. Lebih sihat tanpa minyak.
Resipi sosej ayam tambah sayur ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Norazlin Abd Rahman. Resipi ni viral tau. Mesti semua ibu-ibu memilih untuk buat sosej sendiri dari beli kat luar lepas jumpa resepi ni kan. Jimat, sedap dan sihat!
Bahan-bahan:
Cara membuatnya:
1. Campurkan kesemua bahan dan bland.
2. Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam plastik aiskrim. Ikat hujung kiri dan kanan.
3. Kemudian, rebus/kukus dalam 10-15 minit. Siap dan boleh keluarkan dari plastik ais.
4. Ini yang dah siap goreng. Sedap tau!
Dah boleh frozenkan atau terus di goreng. Kalau nak makan yang dah rebus macam tu pun sedap. Lagi sihat sebab tak menggunkan minyak. Kekadang risau juga bagi anak-anak makan sosej kat luar tu. Tak tahu bersih ke tak. Lebih baik buat sendiri kan.
Selamat mencuba!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…