somtam ayam goreng

Mari cuba buat resipi Somtam Ayam Goreng ini. Ia terdiri daripada ayam goreng yang disajikan dengan somtam (salad Thai). 

Antara bahan-bahan yang digunakan adalah lobak, timun, kacang panjang, dan tomato, dicampur dengan sos pedas manis yang mengandungi cili, bawang putih, gula, jus limau nipis, dan sos ikan.

Baca juga: Ikan Sambal Thailand, Resipi SIMPLE Dapat Perkongsian Lebih 8.4K!

Somtam adalah salad campuran gaya Thailand yang mempunyai rasa masam-masam manis. Biasanya, ia dihidangkan sebagai hidangan sampingan. Walau bagaimanapun, ada yang menggabungkan somtam dengan hidangan utama lain seperti ayam dan ikan.

Resipi somtam ayam goreng ini dikongsi oleh Rozmaliza Omar di laman Facebook. Banyak yang terliur bila tengok makanan ini. Jadi tunggu apa lagi, mari kita cuba!

RESIPI SOMTAM AYAM GORENG

Bahan-bahan: 

  • 2 keping isi dada ayam
  • 1 biji mangga muda/lemak (saya tambah)
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 3 sdb thai palm sugar/ gula kabung siam
  • 4 biji buah tomato
  • 6 -8 biji cili padi
  • 4 sdb sos ikan/nampla sauce
  • 1- 2 biji limau nipis -ambil jus
  • 1 labu bawang holand – hiris nipis
  • 1 sdk thai cili flakes – optional
  • Kacang panjang – dihiris kasar
  • Daun ketumbar 
  • Sedikit ajinomoto

Cara-cara penyediaan:

1. Isi dada ayam dipotong kecil dan gaulkan dengan tepung goreng ayam bestari rata. Goreng hingga kekuningan. Ketepikan.

2. Masukkan gula kabung, bawang putih dan cili padi ke dalam lesung, tumbuk kasar atau separuh hancur.

3. Masukkan tomato dan tumbuk kasar/ tenyehkan hingga keluar jusnya.

4. Masukkan sos ikan, jus limau, dan ajinomoto.

5. Gaul sebati dan secukup rasa. Mesti ada rasa pedas-pedas manis dan masam. Masukkan cili flakes jika guna.

6. Masukkan ayam goreng, mangga yang diparut, kacang panjang dan bawang holland.

7. Gaul sebati secukup rasa dan sedia untuk dihidang bersama nasi panas. Siap.

somtam ayam goreng

Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Rozmaliza Omar

Baca juga: Sedap Macam Kaswi Pandan, Ini Tips Kuih ‘Khanom Pheak Phun’ Cantik Berkilat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN