Setiap anggota lembu boleh dimasak dan dijadikan pelbagai hidangan yang enak. Bukan sahaja daging, malah organ lembu juga boleh dimakan.
Ada juga yang percaya organ lembu tertentu mempunyai khasiatnya jadi ia boleh diamalkan demi kesihatan tubuh badan. Tapi buat mereka yang tidak biasa, sudah tentu akan berasa geli melihatnya.
Seorang gadis di TikTok memuat naik satu video yang berkongsikan aksinya memakan mata lembu secara mentah.
Menurutnya, tekstur dan rasa mata lembu tersebut seperti jeli dan rasa masin-masin. Sedap katanya!
Menerusi carian di Google, memakan mata lembu secara mentah yang dikatakan berupaya menyembuhkan sakit belakang atau membantu memberi tenaga masih menimbulkan keraguan terutamanya kepada tubuh badan manusia.
Meninjau ke ruangan komen, rupanya ramai yang tidak tahu mata lembu boleh dimakan. Bukan itu saja, ada juga yang terkejut otak dan lidah haiwan itu juga boleh dimakan!
Ada juga yang ‘kembang tekak’ melihat gadis ini memakan mata lembu secara mentah.
Ada juga yang berseloroh mahu mencuba ‘aksi berani’ itu.
Lihat video penuh:
@ieyzahh23 rasa jeli+masin. sedappp🤭 #bongsu #fypdongggggggg #ganukite #PerfectMatchChallenge #fpy #fypforyou #tiktok #raya #rayahaji
Sumber: TikTok @ieyzahh23
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…