Pelbagai resipi mudah yang digunakan untuk menyediakan hidangan ringkas tapi lazat di rumah dan salah satunya ialah Sardin Sambal.
Ramai yang memilih untuk memasak hidangan sardin ketika terburu-buru atau nak cepat siap kerana cara buatnya memang senang dengan menggunakan sardin dalam tin saja.
Baca juga: Tak Nak Sardin Roll Terbuka Semasa Goreng, Guna Teknik Gulung Mudah Ini!
Tambahan pula, sardin dalam tin adalah pilihan tepat untuk dibawa ketika pergi bercuti dan berkhemah. Hal ini disebabkan saiznya yang kecil dan mudah di bawa ke mana-mana.
Buat anda yang baru saja belajar masak, boleh mulakan dengan buat Sardin Sambal dahulu. Lagipun, jalan kerjanya tak terlalu banyak dan sukar dibuat.
Anda boleh mengikut resipi yang dikongsikan oleh Jojo Zahreena di Facebook ini dengan langkah demi langkah. Jom kita cuba!
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, panaskan minyak masak dan goreng ikan sardin sehingga garing. Kemudian, ketepikan terlebih dahulu.
2. Selepas itu, tumis bahan yang dikisar sehingga garing.
3. Seterusnya, masukkan kuah tomato sardin dan bawang hiris. Masukkan kicap, garam, asam keping dan Ajinomoto secukup rasa.
4. Akhir sekali, masukkan ikan sardin yang digoreng tadi dan masak sekejap. Siap untuk dihidang!
Anda akan terkejut setelah membuat resipi Sardin Sambal ini kerana hasilnya memang sedap sampaikan boleh bertambah selera apabila makan bersama nasi panas.
Selain dimakan bersama nasi putih, hidangan ini juga sedap dinikmati bersama roti canai, lempeng, roti jala dan banyak lagi.
Bagi menambahkan lebih kreatif dalam masakan, anda boleh gunakan hidangan ini sebagai inti untuk karipap, pau, popia dan sebagainya.
Kesimpulannya, ia sesuai dijadikan sebagai sampingan untuk melengkapkan sesuatu hidangan supaya menjadi lebih sempurna dan sedap.
Selamat mencuba!
Sumber: Jojo Zahreena
Baca juga: Cara Masak Sardin Sambal Petai Yang Simple, Campak-Campak Dengan 3 Langkah Saja
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…