sardin masak lemak cili api

Mari cuba buat Sardin Masak Lemak Cili Api. Tak sangka ikan sardin dalam tin ini boleh dipelbagaikan menu lauk. 

Baca juga: Masak Lemak Udang Nenas, Memang Menjilat Jari Dibuatnya!

Masak lemak jenis ini adalah antara hidangan popular di Negeri Sembilan yang menampilkan sardin dalam tin yang dimasak bersama kuah santan pedas. Rasa lauk yang lemak-lemak pedas ini agak mudah untuk disediakan.

Berikut adalah resipi dari perkongsian Cik Puan Shazwanie Shahrin.


RESIPI SARDIN MASAK LEMAK CILI API

Korang pernah makan tak Sardin Masak Lemak Cili Api tak? Bukan ikan sardin fresh tau, tapi pakai ikan sardin dalam tin. Masa zaman kanak-kanak, nenek selalu masak lauk ini. Memang sedap sangat!

sardin masak lemak

Bahan-bahan:

  • 1 tin besar Sardin Ayam Brand
  • 11 biji Cili Api/padi (nak pedas tambah sendiri)
  • Kunyit hidup 2 inci
  • 5 biji Bawang merah
  • 2-3 keping asam keping
  • 2 biji Ubi Kentang
  • 2 batang Serai 
  • Santan (sebijik kelapa @ agak-agak jangan cair sangat)
  • Garam secukup rasa

Cara-cara memasak: 

1. Tumbuk kunyit dengan garam. Apabila dah lumat, masukkan cili api dan tumbuk lagi ssehingga lumat. Selepas itu, masukkan bawang merah tumbuk lagi sampai lumat. Kalau malas dan nak cepat, kisar sahaja sampai lumat.

2. Asingkan sos sardin dengan ikan sardin.

3. Masukkan sos sardin, cili yang dah tumbuk/kisar, santan, kemudian masukkan kentang. Masak dengan api sederhana.

4. Bila kentang dah empuk, masukkan ikan sardin dan asam keping. Selepas itu, boleh rasa. Jika tak cukup tambah garam sesedap rasa.

Siap!


Makan bersama nasi panas, telur dadar dan kangkung belacan memang terangkat! Bertambah-tambah dibuatnya. Selamat mencuba.

Baca juga: Jantung Pisang Masak Lemak Cili Api Bersama Pucuk Ubi, Menu Orang Dulu-dulu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN